Saturday, 11 June 2016

Aktiviti hujung minggu

Aktiviti setiap sabtu @ ahad pegi dobi layan diri keringkan baju stok seminggu punya peram. Hewww

Malas nak sidai sehelai-sehelai pastu tunggu kering nak kena angkat pulak. Bulan puasa ni lagi lah malas nak buat kerja berat-berat. Pegi dobi la senang.. Masuk rm5 setengah jam dah kering. Tinggal nak lipat je balik rumah nanti.

Monday, 15 February 2016

Cukai owh cukai

Setiap hari setiap kali amik Zara, asal masuk kereta je terus pegang leher. Ayat biasa 'mummy kakak rasa macam dahaga tak tahu la kenapa'. Cit! Taktik ler tu. Kebetulan sebelah sekolah Zikri tu kan dah ada KK Mart dan 7 Eleven tu yang rajin sangat nak pegi kedai je lepas balik sekolah.

Kalau tak nak bagi pun kesian jugak sebab Zara nampak setiap hari Abang Zikri dapat rm5 belanja sekolah. So rasa macam tak fair kalau Zara minta tak dapat. Aku turutkan aje tapi janji keje sekolah kena siap. Tak siap memang esok takdelah nak pegi kedai.

P/s abaikan la eye bag mummy yang semakin membesar tu. Hahaha akibat xcukup tidur.

Sunday, 14 February 2016

Bunga bunga cili

Belek-belek pokok-pokok yang aku tanam tu eh dah berbuah la cili ni... Pokok cili ni kawan opis aku yang bagi. Tq Sya dah berbuah dah pokok yang kau bagi..

2 minggu sekali memang aku baja dengan baja kopi. Kadang baja tahi ayam. Tadi pegi Pasar Tani Bangi laki aku belikan baja AB. Nak try mana yang lagi elok. Yang bestnye sekarang ni laki aku pun macam dah excited je menanam. Hahaha tadi kat Pasar Tani dibelikan aku pokok kacang panjang dengan ulam raja. Tq Pa.

So far kalau petang-petang tu tak buat apa kat rumah memang kat laman la yang aku melepak lelama. Macam best plak sambil-sambil duduk tengok pokok. Moga terus merimbun pokok yang ditanam dan ada rezeki menuai hasil.

Tuesday, 9 February 2016

Kerahan tenaga

2 malam lepas lipat kain tapi baru mula dah laki ajak jenjalan. Hahaha ape lagi terus cancel nak melipat. Esok dah start kerja selepas 4 hari cuti Raya Cina kain masih lagi begitu kedudukannya. Hurmm terpaksa menggunakan kerahan tenaga Zikri & Zara. Depa terbalikkan kain, mummy terus lipat. Save time. Kejap lagi nak pegi kenduri pulak harap-harap sempat la siap.

Sunday, 7 February 2016

Lipat melipat

Dah 2 minggu dok tangguh melipat kain sudahnye dah jadi 2 bakul besar kain tak berlipat. Beg  baju pegi Bayou Lagoon last week pun tak berkemas lagi. Haih!!! Paling malas sekali kerja rumah yang nak kena buat ialah MELIPAT KAIN. Tak caya tanya la orang pompuan lain confirm jawapan sama.

Saturday, 6 February 2016

Benih bendi dan timun

Semai benih jagung, bendi dan timun pada malam Selasa 2/2/2016 pagi ni 7/2/2016 tengok dah semakin meninggi. Moga ada rezeki menuai hasilnya pula selepas ini.

Wednesday, 23 December 2015

KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015 (SIRI 1)

KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015 (SIRI 1)

Akta ini digubal untuk memberi kuasa kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) segala urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada kakitangan awam. 

Akta ini diwartakan pada 4 Jun 2015, tetapi hanya akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016.
Setelah meneliti keseluruhan seksyen yang terkandung di dalam Akta ini, saya akan highlightkan beberapa peruntukan yang saya fikir harus diketahui oleh semua rakyat Malaysia amnya dan seluruh kakitangan awam khasnya.

Untuk posting kali ini, saya hanya bercadang untuk highlightkan 3 komen utama saya sahaja terhadap Akta tersebut.
1. Akta ini dilihat memberi kuasa kepada Menteri secara lansung dalam urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan, pelaburan dan kewangan LPPSA.
Menteri yang dimaksudkan dalam Akta ini adalah merujuk kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab Kewangan. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Menteri”)
Daripada semakan saya, terdapat lebih daripada 10 keadaan di dalam Akta ini yang memberi kuasa secara lansung kepada Menteri. Antaranya:-
- Kuasa untuk menentukan tarikh kuatkuasa Akta ini (Seksyen 1(2))
- Kuasa untuk menetapkan tarikh perletakhakkan kuasa, obligasi dan liabiliti LPPSA (Seksyen 4(1)
- Kuasa untuk menentukan fi dan caj yang boleh dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LPPSA (Seksyen 7(3))
- Kuasa untuk melantik Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 8(2))
- Kuasa untuk menentukan elaun Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 10)
- Kuasa untuk membatalkan perlantikan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 11)
- Kuasa untuk melantik CEO LPPSA (Seksyen 18(1)
- Kuasa untuk membuat dasar mengenai kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan awam (Seksyen 21)
- Kuasa untuk meluluskan cadagan pinjaman oleh LPPSA (Seksyen 32)
- Kuasa untuk meluluskan pelaburan oleh LPPSA (Seksyen 33)
- Kuasa untuk memberi arahan kepada Lembaga (Seksyen 36), dan lain-lain lagi kuasa yang berkenaan.
Pendek kata di dalam Akta ini, Menteri dilihat mempunyai kuasa executive dlm menentukan perkara-perkara asas terhadap perlaksanaan Akta ini.

2. Akta ini memberi kuasa yang luas kepada LPPSA untuk melakukan segala perkara yang perlu atau sesuai bagi tujuan perlaksanaan fungsi LPPSA tersebut. (Sila rujuk Seksyen 7)
Kuasa tersebut termasuklah kuasa untuk menggunakan semua harta LPPSA mengikut cara yang sesuai dan menggadaikan /mensekuritikan harta LPPSA tersebut bagi tujuan mendapatkan wang atau membuat pelaburan yang bersesuaian. (Sila Rujuk Seksyen 7(2))
Perlu diingat, Harta dalam Akta ini antara lainnya termasuklah merujuk kepada Hartanah yang digadaikan oleh kakitangan awam kepada LPPSA atas pembiayaan yang diberikan, di mana LPPSA sebagai pemegang gadaian yang mempunyai hak dan kepentingan terhadap Harta tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Harta”)
Dalam bahasa mudahnya, semua hak dan kepentingan LPPSA terhadap hartanah milik peminjam yang digadaikan kepada LPPSA adalah dianggap sebagai Harta LPPSA dan ianya boleh digunakan oleh LPPSA untuk sebarang tujuan yang difikirkan bersesuaian dengan fungsi LPPSA termasuklah untuk melaburkannya dalam pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta.

3. Akta ini juga menyatakan bahawa, mulai daripada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri (dalam konteks ini merujuk kepada tarikh kuatkuasa Akta ini, iaitu mulai 1 Januari 2016), semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liability Kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam sebelum ini akan diletakhakkan (dipindahhakkan) sepenuhnya secara otomatik kepada LPPSA. (Sila Rujuk Seksyen 4)
Ini termasuklah segala urusan berkaitan dengan pengurusan, pentdbiran, perjanjian, dokumentasi guaman, prosiding perundangan dan semua perkara yang di bawah obligasi dan liabiliti Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbedaharaan Malaysia sebelum ini, akan diserahhakkan kepada LPPSA, seolah-olah LPPSA adalah pihak yang sah terhadap perjanjian atau dokumentasi guaman tersebut, tanpa perlu LPPSA memberi notis kepada mana-mana pihak atau tanpa perlu mendapatkan sebarang perintah Mahkamah terhadap perletakhakkan tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 4 (3),(4),(5) dan (7))
Dalam bahasa mudahnya, mulai 1 Januari 2016, semua perkara yang berkaitan dengan BPP adalah secara otomatiknya dipindahkan kepada LPPSA sepenuhnya dan akan menjadi urusan LPPSA serta tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sebagaimana yang termaktub dalam Akta LPPSA.

Oleh:
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)