Monday, 23 March 2015

AIR TERJUN KEMENSAH

Last week kan cuti sekolah seminggu, budak-budak ni haih la mak aiiiii dok lah meronta -ronta nak g berjalan. Omak nih sibuk la keje melambak-lambak kat opis. Rasa macam selfish plak la kalau membiarkan permintaan anak-anak nak pergi berjalan. Kebetulan mama pun ada so hari rabu tuh aku pun amik cuti.

Mula - mula plan nak pegi Zoo Negara, sekali tengok dia punya fee nak masuk tuh mak aiiiii mahal nak mampusss!!! Bahahahaha nak masuk bayar lain nak tengok panda bayar lain, eh tak pela tak kose mek nak bayar mahal-mahal nak tengok binatang je pon! Dengan cuaca panas terik sekarang ni lagi lah menambahkan tak kekuasaan aku nak g Zoo. Hahahaha

Pastu plan nak pegi Genting tapi Outdoor kan tutup sekarang ni so ok lah switch jom lah pegi berkelah je lah! Tadaaaaa!!!!! Tempat pilihan ialah di Air terjun Kemensah dekat belakang Zoo Negara tuh. Tempat dia not bad dan tak ramai orang. Sesuai dengan jiwa aku yang tak suke nak berasak-asak beramai-ramai orang. Sebab tak ramai sangat orang ialah sebab kena bayar. Benda bayar ni orang kureng ske kan.. Hahahaha


 
Amik pondok macam nih kena bayar RM 40 untuk 9 pagi - 5 petang.  Kalau challet, RM 80 dan kalau meja simen tuh jer RM 15. Yang best nye kat Air Terjun Kemensah nih dia siap sediakan tempat BBQ dan toilet, surau, pondok dia semua bersih. Dia tak lah besar sangat tapi ok lah kalau nak berehat mandi manda orang tak ramai sangat.

Anje -anje tuan purti (Zara sebut tuan puteri ialah tuan Purti) aku ni bukannya mandi tapi dok kat tepi kolam dan nyanyi-nyanyi sambil berangan. Bile orang tarik je masuk dalam air, buuuurrrrr terus nangis. Hahahaha... teramat lah kuat berangan. Tension plak mummy ko ni ha..

Ni adalah adik bongsu aku. Masa upload gambar ni dalam IG kemain lagi orang komen kesadoan badan dia tuh. Hahaha... Dia main Gym setiap hari dan amik protein apa ntah yang memang khas untuk bina badan so ini la hasilnya ya... Mak aku paling kuat membebel sebab dia tak paham konsep orang main gym ni. So what to do, abaikan aje la.












Amboiiii Zahin pun tak moo kuar dari dalam air.. Suke sangat dia tu main air. Masa kemas-kemas barang nak pegi tu boleh plak tak jumpa pelampung dia dah kena dukung je dalam air. Tapi dia memang suke lah masuk dalam air. Mula-mula je nangis sebab sejuk kot pastu ENJOY!

 


Ini Zikri dengan Pak ngah dia. Kemain lagi berenang siap terjun dengan macam - macam aksi. Kat kawasan air tejun Kemensah ni pun ada aktiviti ATV. Rasanya bayaran dia RM 100 untuk 2 jam. Tapi tak sure sangat sebab aku tanya pun sekali lalu. Tapi bila masuk je kawasan Kemensah ni memang boleh nampak banyak perkataan sukan ATV. So pada sesiapa yang suka ber ATV boleh lah datang berkelah kat Air Terjun Kemensah.

No comments:

Post a Comment