Wednesday, 22 July 2015

Pil Perancang Yasmin

First of all selamat hari raya semua... Maaf zahir dan batin dipinta andai ada tesalah kata atau terkasar bahasa ketika menulis entry didalam blog ini. 

Hajat dihati selepas raya ni nak cuba dapat baby baru. Kihkihkih dengan erti kata lain try to get baby no 4 lah.. Sebabnye aku dah setahun amik injection DEPO. 

Aku dah stop injection ni 2 bulan dah. Patut inject balik 25/5/2015 tetapi tak pegi klinik sebab nak buat adik untuk Zahin dan nak betulkan balik hormon. Sepanjang aku cucuk depo ni memang tak pernah period yang pakai pad. A.K.A ko period sikit-sikit jew ler.. Dan berpanjangan sehingga 2 minggu. So disebabkan bulan 6 tuh kan nak ramadhan dan aku tak nak ganti pose lelama, jadi aku pun cakap kat laki aku tak nak amik injection so rancang sendiri jer la. Kalau lekat alhamdulillah jerla kalo tak lekat pun tak pela...

Sekali bila aku timbal balik dengan keadaan ekonomi yang macam mencekik leher ni, dengan kesibukan kami laki bini dengan keadaan anak yang 3 orang yang membuatkan aku selalu bertukar jadi NAGA, hahahahahah elok rasanya aku tangguhkan dulu lah plan penambahan anak tuh. Yang paling aku tak sanggup dan sangat terkesan adalah disebabkan oleh 


v



v



v




v



v

GST!!! Yes GST.. Bagi aku sangat membunuh semangat aku nak membeli apa-apa sekalipun. Hatta sekarang nih bisnes juga ada sedikit drop disebabkan kuasa berjimat cermat melebihi kuasa membeli. Yes letakkan pembeli ditempat aku. Sama jer sebab aku sendiri sekarang kurang membeli sebab aku benci tengok perkataan GST kat dalam resit. Bukan menolak kemajuan atau pembangunan yang cuba dibangunkan oleh pihak kerajaan, tetapi apa yang aku nampak GST ni sangat besar impaknya dengan kenaikan harga barangan dan servis. 

Oleh sebab aku pun tak nak pening kepala dengan harga barang yang melampau-lampau dengan kos sara hidup yang mencanak-canak, so aku rasa elok lah anak aku 3 orang jer dulu. Daripada aku salurkan kemarahan atau ketensionan aku nih kat anak-anak baik aku tangguhkan dulu. Besarkan dulu diaorang dengan kualiti yang terbaik kalau lepas ni ada rezeki adalah kan. 

So semalam aku dah pun memulakan makan pil perancang YASMIN. Harga RM 44.50. Beli di Farmasi BEE di presint 15 Putrajaya. Senang je nak cari Farmasi ni dia sebelah MYDIN PUTRAJAYA. Ha kat sini jer korang boleh dapat PIL YASMIN ni dengan harga RM44.50 sebab kalau kat klinik atau farmasi Gurdian / Watson / DLL harga adalah melebihi RM50.


Sampai bila nak consume pil nih? Tengok lah macam mana... Aku pun belum ada jawapan lagi. Pil ni memang paling mahal dalam keluarga pil perancang sebab dia tak naikkan badan dan boleh mencantikkan kulit. Tapi aku amik ni bukan sebab dua sebab tu tapi sebab aku nak betulkan period aku.

No comments:

Post a Comment