Monday, 23 March 2015

AIR TERJUN KEMENSAH

Last week kan cuti sekolah seminggu, budak-budak ni haih la mak aiiiii dok lah meronta -ronta nak g berjalan. Omak nih sibuk la keje melambak-lambak kat opis. Rasa macam selfish plak la kalau membiarkan permintaan anak-anak nak pergi berjalan. Kebetulan mama pun ada so hari rabu tuh aku pun amik cuti.

Mula - mula plan nak pegi Zoo Negara, sekali tengok dia punya fee nak masuk tuh mak aiiiii mahal nak mampusss!!! Bahahahaha nak masuk bayar lain nak tengok panda bayar lain, eh tak pela tak kose mek nak bayar mahal-mahal nak tengok binatang je pon! Dengan cuaca panas terik sekarang ni lagi lah menambahkan tak kekuasaan aku nak g Zoo. Hahahaha

Pastu plan nak pegi Genting tapi Outdoor kan tutup sekarang ni so ok lah switch jom lah pegi berkelah je lah! Tadaaaaa!!!!! Tempat pilihan ialah di Air terjun Kemensah dekat belakang Zoo Negara tuh. Tempat dia not bad dan tak ramai orang. Sesuai dengan jiwa aku yang tak suke nak berasak-asak beramai-ramai orang. Sebab tak ramai sangat orang ialah sebab kena bayar. Benda bayar ni orang kureng ske kan.. Hahahaha


 
Amik pondok macam nih kena bayar RM 40 untuk 9 pagi - 5 petang.  Kalau challet, RM 80 dan kalau meja simen tuh jer RM 15. Yang best nye kat Air Terjun Kemensah nih dia siap sediakan tempat BBQ dan toilet, surau, pondok dia semua bersih. Dia tak lah besar sangat tapi ok lah kalau nak berehat mandi manda orang tak ramai sangat.

Anje -anje tuan purti (Zara sebut tuan puteri ialah tuan Purti) aku ni bukannya mandi tapi dok kat tepi kolam dan nyanyi-nyanyi sambil berangan. Bile orang tarik je masuk dalam air, buuuurrrrr terus nangis. Hahahaha... teramat lah kuat berangan. Tension plak mummy ko ni ha..

Ni adalah adik bongsu aku. Masa upload gambar ni dalam IG kemain lagi orang komen kesadoan badan dia tuh. Hahaha... Dia main Gym setiap hari dan amik protein apa ntah yang memang khas untuk bina badan so ini la hasilnya ya... Mak aku paling kuat membebel sebab dia tak paham konsep orang main gym ni. So what to do, abaikan aje la.












Amboiiii Zahin pun tak moo kuar dari dalam air.. Suke sangat dia tu main air. Masa kemas-kemas barang nak pegi tu boleh plak tak jumpa pelampung dia dah kena dukung je dalam air. Tapi dia memang suke lah masuk dalam air. Mula-mula je nangis sebab sejuk kot pastu ENJOY!

 


Ini Zikri dengan Pak ngah dia. Kemain lagi berenang siap terjun dengan macam - macam aksi. Kat kawasan air tejun Kemensah ni pun ada aktiviti ATV. Rasanya bayaran dia RM 100 untuk 2 jam. Tapi tak sure sangat sebab aku tanya pun sekali lalu. Tapi bila masuk je kawasan Kemensah ni memang boleh nampak banyak perkataan sukan ATV. So pada sesiapa yang suka ber ATV boleh lah datang berkelah kat Air Terjun Kemensah.

Sunday, 22 March 2015

Hujung Minggu

Boring plak hari minggu ni lepak kat rumah jer. Ribut taufan melanda dah 2 minggu jadinye hujung minggu memang merap kat rumah jela. Takde la aktiviti merewang kemana-mana. Huwaaaaa.... Boring weiii tapi nasib baik la pagi tadi Zikri ada kelas takewondo so dapat gak singgah alamanda kejap cuci cuci mata. Hahaha

Citer pasal Alamanda, tadi tak da orang sangat. Lenggang jer. Aku syak sebab gaji awal bulan February hari tu pastu barang kan mahal sekarang ni ditambah dengan nak dicekik dek GST seminggu je lagi so orang dok rumah jerla lagi baik kot. Kang kuar harus harus rm100 terbang. Hehehe siyes aku g Alamanda tak sampai sejam tu dah habis rm150. Betapa la duit itu seperti air. Phewww urut dada.

Ok dok rumah pun stress sebab baby Zahin ni plak dok nak bergayutan tak habis habis. Aku duduk dia ok la diam je main toys. Aku angkat bontot je dia terus nangis mcm aku nak tinggal dia setahun plak. Dulu tak pandai jalan lagi aku suh cepat cepat pandai jalan. Hahaha genap 10 bulan pandai jalan pun mcm ni jugak.


Friday, 20 March 2015

AURORA SX WHITENING

Sapa kat sini yang ada masalah jerawat besar-besar  atau jerawat pasir??
Jerawat ni jahat tau kalau dia dah tumbuh tuh dia akan tumbuh melata.
Kejap kat dahi kejap kat dagu... WAHHHHHHH Mencik tau!

Ha... Jangan picit jerawat anda sekalian..
Sebab.. dia akan meninggalkan parut yang hodoh..
Hitam je kat muka. Nak lagi hodoh buat muka kite berlubang-lubang.
Kalau jalan raya berlubang boleh lah kite tampal dengan TAR tapi kalau muka???
Alahai....

 Memperkenalkan Aurora Sx Whitening...
Cara mudah nak menghilangkan jerawat degil dan disamping tu membuatkan kulit anda 
putih berseri-seri.. Dari jauh dah nampak keglowingan dia. Hewwww


Ini bahan-bahan Aurora Sx yang sangat-sangat elok untuk menghilangkan jerawat 
dan menghilangkan bekas jerawat.
Bahan utama Aurora SX ni ialah Pure Gluthathione dan Idebenone.

 

Ha ini bentuk Kapsul Aurora Sx ni. Comel jer ada 30 biji dalam sebotol memang untuk sebulan.
Kalau ada jerawat tuh tak dan nak tumbuh besar dah pun kecut!.

macam mana nak makan Aurora SX nih?
Ambil sebiji sehari sebelum breakfast.
Dalam masa 7 hari dah mula akan nampak perubahan yang nyata.









 Harga asal dia ialah RM 140 s.m / RM 150 s.s
Tapi order dengan I haruslah dapat diskaun..
Meh cepat whatsapp 011-3988-8291 untuk dapatkan harga diskaun.
Sehari sebiji je dah kecut jerawat.
jerawat hilang muka berseri-seri.

Whatsapp 011-3988-8291 SEKARANG!





REALITI KEHIDUPAN

Rasa macam nak meluahkan sesuatu yang terbuku dari semalam lagi.. Masalah ni dah berlaku kat aku since last week tapi macam boleh buat owhhh ok xpe... tapi apa yang jadi semalam sangat terkesan didalam hati aku. Sedih and rungsing. Adat dalam kehidupan ni ramai orang yang pendengki. Walaupun namanya adik beradik tapi ada jugak yang masih busuk hati nak menjatuhkan sesama sendiri. 

Duit... yer duit tu memang penting. Sapa yang cakap duit tak penting itu aku panggil PENIPU! Sebab duit semua orang bole bergaduh. Sebab duit orang pun boleh sanjung kite. Tapi dalam kehidupan ni paling penting jauhkan lah dari meminjam duit orang lain. Mungkin kalau kite meminjam dengan seseorang, orang tu tak tahu macam mana nak say no, then bagi pinjam je duit tu kat kite sebab kesian pastu orang tu plak telah berlaku tak adil terhadap keluarga dia tak ke kite berdosa?? BERDOSA kerana telah mengambil hak orang dan BERDOSA kerana telah menyusahkan kehidupan orang lain.

Tapi realitinya, manusia ni terutama orang MELAYU bile diberitahu benda yang benar, maka orang yang memberitahu kebenaran tuh akan dibenci, diumpat dan disumpah! Macam Cilaka sungguh kau nih cakap benda yang merepek kepada aku! Ha gitu... nak nak lagi berite kebenaran tu adalah yang berkait dengan darah daging sendiri. Wah..... Orang lain semua salah dia je yang betul. Pergh... Perit sungguh kehidupan yang dikelilingi oleh orang-orang yang hidup dialam fantasi ni. SOb sob sob...

Ya allah ya tuhanku, berikan lah daku kecekalan hati dan kelapangan dada untuk menerima segala kesulitan yang dihadapi ini.. Amin..