Tuesday, 12 May 2015

HUJAN RINTIK-RINTIK

Jengah kat luar tingkap opis tengok - tengok hujan.. Baru plan nak pegi pasar tani beli lauk pauk sikit untuk minggu ni. Sekarang ni lepas berkuat kuasa GST  macam jarang nak makan kat kedai. Masuk Alamanda pun aku dah kurangkan.. Hatta masuk kedai runcit dan kedai Mesra pun dah jarang.. Memang kos kehidupan tu sangat lah terasa tinggi.

Contoh semalam lepas makan tengah hari aku tak minum air. Sekali masuk Petronas kat Presint 9 yang sebelah Sekolah Presint 9 tu nak keluarkan duit, air-air kat peti sejuk tuh sangat la memanggil-manggil aku suh beli tau. (jahat btol air-air tuh!) maka tangan ni segera la mencapai air kotak milo, lalu depan rak keropok eh macam sedap plak Super Ring tu. Kalau dijilat-jilat dijari terasa kenikmatannya! Bahaha maka terus ku ambil dan lalu di tepi rak roti tengok ada roti brand Might White ke haper eh macam sedap lembut je aku picit-picit, eh amik pulak... Sekali bayar Roti+air milo+super ring + kek coklat anis tuh Rm 9.89!!!! Arghhh tertewas godaan btol lah semalam. Masuk je kereta start enjin dan jalan. Dah sampai Bomba, raba-raba plastik, eh okeyyyyy air milo aku tak de dalam plastik! Dead!!!!! Bodoh lah orang kije kaunter tu tak masukkan air milo dalam plastik. Tengok kat resit okey aku kena caj maknanya aku dah membazir RM1.91 sen kat situ. Dan lagi kena GST dan lagi kedai Petronas tu SEMUA barang dia tak ada tanda harga!!!!! Bangkai btol la !! Geram btol aku!

Tapi selepas bertenang sambil minum air masak kat opis, muhasabah diri.... Okey mungkin lebih baik aku minum air masak secukupnya je jadi sebab tu air milo tuh tertinggal. Dan tambah positif lagi pagi tadi kan dah minum air nescafe, so tak elok minum air milo pulak. Kihkihkih redho je keennnn ayat aku tuh. Hahahaha...

Secara jujurnya sekarang ni aku memang kurangkan sangat-sangat la beli benda merapu sebab sana sini orang caj GST. Padahal dulu dah pung pang dok cakap beli roti tak kena caj GST, alih-alih harga roti naik kena plak GST. kesian kat orang-orang yang hidup kais pagi makan pagi tuh mesti lagi perit nak membeli. Sedangkan aku yang ada bisnes sikit-sikit nih pun terasa ni kan pulak meraka. Ya allah ko lapangkan rezeki hambamu ini YaAllah...