Hari sabtu baru ni balik kampung laki aku. Balik semalam jer sebab budak-budak dah sekolah and dia pun macam dah lama tak jumpa mak dia. So bertolak pukul 8 pagi hari sabtu tu dalam pukul 2 sampai. Lambat skit sampai sebab banyak menyinggah kesana kemari. Sampai je rumah pintu tingkap sume tutup. Dah agak confirm tak ada orang ler tuh. Aku diam je malas nak cakap pape kang kena marah plak. Rupanya diaorang pegi rumah mak usu laki aku kat Bandar.
So dalam pkol 3.30 petang macam tuh gerak pegi rumah mak usu sebab kebetulan dia pun nak pegi haji so takut tak balik kampung dalam masa terdekat ni, jom la kite pegi ziarah. Pas makan apa sume laki aku suh sembang-sembang dengan semua tetamu.
Masa sembang ni la aku nampak Zahin macam keluar ke dapur tapi dia tak datang-datang dah kat ruang tamu. Aku mcam erkkk macam lama plak aku tak nampak Zahin ni. So bangun dan terus keluar beranda. SUNYI!!!! Zikri dan Zara dah lesap ntah kemana. Aku jerit Zahin! Zahin! Zahin! Sekali mata aku terpandang kat kolah lebih kurang paras peha. Aku nampak air dalam kolah tuh berkocak-kocak! ZASSSSSSS memang Zahin yang kat dalam tuh!
Mungkin sebab dia dengar suara Mummy dia ni so dia mampu lagi angkat kepala dia. Aku ni berlari ke kolah ni dengan berkaki ayam dah macam nak runtuh dunia aku ni bile tengok Zahin tercunggap-cunggap dalam kolah tuh. Ya Allah nasib la dia masih bernyawa lagi. Aku jangka dia macam baru jatuh dalam tuh. ALLLAHHHH..... Tak boleh bayangkan kalau aku tak terus cari dia masa hati terdetik lama tak nampak dia tuh.
Perasaannya bila jadi macam tuh??? Aku dah jadi fobia nak tinggalkan dia tanpa pengawasan. Kalau korang terbaca dalam paper pasal baby jatuh la baby mati lemas la ke haper la tuh punca UTAMA ialah LALAI!. Macam aku... Cumanya Allah beri aku peluang kedua dan masih panjangkan usia Zahin.
Ya Allah peliharakan lah anak-anakku dari sebarang musibah.....
Gambar semalam dalam kereta masa sangkut dalam jem sebab pokok tumbang kat LPT. Sejam weh sangkut tak gerak sekali rupanya 30 batang pokok tumbang sebab ribut kuat. Sampai rumah semalam dalam pukul 6.45 petang. Bertolak dalam pukul 11 pagi. Apa-apa pun selepas kejadian ni, tahap kepekaan kepada anak-anak perlu ditingkatkan... G mana-mana pun jangan la sekali-kali leka.