Monday, 23 February 2015

Tanggung Jawab

Hari ni rasa macam nak meluahkan sesuatu lah kat sini.. Minggu lepas kemain seronok semua orang dok bercuti. Macam kat opis aku ada a few lah yang dah bercuti mulai Isnin padahal bukan orang cina pun tapi dok kemaruk nak bercuti jugak. Kunun nya cuti tahun berlambak. Ok whatever! Then hari Rabu tuh memang opis dah macam dilanda garuda sebab orang-orang Utara and Pantai Timur semua dah cabut bercuti... Aku pun balik kampung jugak tapi idok ler amik cuti sebab bagi aku cuti 4 hari tu pun dah lama kot lagi mau tambah cuti tahun memang tak ler!.

Pagi ni memang dah rasa macam malasnye la nak kerje sebab kepala ting tong sebab Zahin malam tadi tak tido lena. Tak sure la sebab apa... Aku rasa dia macam lapar kot sebab semalam dia tak lalu makan pastu nak bergayut je tak habis-habis. Bile aku cabut je dia terus bangun. Of course lah pagi ni kepala aku pening. Tapi memikirkan kalau aku tak keje, aku tetap lah kena masuk Putrajaya hantar Zikri and Zara sekolah so baiklah aku g keje terus kan.. And plus hari ni memang banyak benda nak kena uruskan loan MARA adik aku tuh. So okey bersiap lah g keje jugak...

Sampai kat opis plak tengah huru hara siapkan dokumen MARA adik aku, ada plak orang kerahkan kena jaga call center rini. Padahalnye hari ni bukan lah turn aku pun... Tapi orang yang sepatutnya jaga tu bercuti so aku ni lah yang kena jadi mangsa... Geram tak??? Jaga call centre ni kena semangat yang tinggi and persediaan mental sebab ko nak kena jawab banyak pertanyaan orang. Orang-orang ni plak kadang-kadang macam binggai dok tanya benda yang merepek-repek. kadang tuh dah tahu nak kol jabatan lain benda penting kot, ko standby la soalan yang nak ditanya bukan lah kejap pas sana kejap pas sini. Eiiiiiiii mencik!!!!!!!!!

Aku tengok sekarang ni memang trend la budak-budak yang baru berkhidmat diaorang macam dah tak kisah dah pasal tanggungjawab bekerje tuh. Asalkan tiap bulan dapat gaji lain hal tarak hal! Tu yang kerje pun huru hara... Kalau perangai macam ni lah diteruskan memang bile bersara umur 60 tuh jadi tunggul kayu je la kat opis.


No comments:

Post a Comment