Friday, 3 April 2015

PERANCANG KELUARGA VS KEGEMUKAN

Hoiiiiiiii mak stresss!!!!! Hahaha apehal ko mek tetibe stress plak pepagi nih kan??? Pagi macam biasa datang opis punch card terus letak beg. Tanpa membuang masa yok pegi beli sarapan. Sarapan kan elok untuk kesihatan. Beli mee goreng + kuih RM 2. Naik opis balik alamak ada makan-makan lah plak pagi ni. Nape aku tak diberitahu ada makan free kalau tahu idok ler teman nak pegi beli makanan sendiri. 

Bukan rasa rugi sebab dah beli makanan sendiri tapi ko makan 2x kot. So, badan akan bertambah GEMUK! Adoiiiiii... DEMMMMMM.... Serius sekarang ni macam kuat giler makan kot. Pas breakfast dalam pkol 10 dah lapo balik. Ni lah penangan Depo.. Ha sape tak tahu Depo tuh ape???? 

Itu family planning ya. Suntikan selama 3 bulan untuk elakkan mengandung. Yerpppp dah banyak kali aku cucuk sebab anak dah ramai dan aku belum sedia nak beranak lagi... Dari segi mental dan fizikal. Sebabnya kesemua urusan anak a-z aku yang uruskan so SERIK! Penat.... Penat giler.. Kalau disuarakan kepenatan aku ni kat laki aku, CONFIRM dia akan cakap dia pun penat jugak sebab pegi kerje 2 jam balik pun 2 jam. Iyer lah ko pegi balik kerje jauh tapi pas sampai rumah ko dah tak payah buat kerje apa-apa. AKU plak??? Jejak je rumah MULTITASK sume aku buat. HOIII tak paham la aku.

So caranya paling mudah untuk elak kehamilan lagi aku rasa baiklah aku amik je injection. Setiap 3 bulan pegilah mana-mana klinik tadah bontot skit. Tak sakit pun. Sakit lagi bersalin dan nak besarkan anak. Hahahaha...  Kalau amik di klinik kerajaan adalah PERCUMA manakala di klinik swasta caj suntikan depo ni dalam RM50. Takpela bayar sikit sebab aku malas pegi klinik kerajaan. RAMAI dan aku tak suka prosedur diaorang yang ntah haper-haper. 

Keburukan suntikan perancang Depo ni adalah ko akan jarang-jarang ada period atau tak akan ada period langsung ketika dalam tempoh suntikan masih aktif. Keduanya ko akan mengalami kegemukan kerana selera makan bertambah. Kejap-kejap lapar kejap-kejap nak makan. Are you ready to face this?? Hahaha then ko akan ada masalah JERAGAT. Yer Jeragat dan jerawat.( Tapi aku tak kena masalah nih.) Sebabnye faktor hormon yer kakak adik... 

So pilihan di tangan anda. Ada yang boleh bekerjasama suami isteri rancang secara semulajadi jer. Tapi aku tak boleh dan aku tak percaya sebab aku adalah kalangan wanita yang subur. Cucuk dan menjadi. Hahahahah Kalau tak amik apa-apa perancang confirm anak aku dah berderet-deret 8 tahun kawin nih. Huhuhuhu... Bagi aku kalau nak ada anak, biarlah kite mengandung dengan bersedia mental dan fizikal. Kalau tak ready, tak payah lah.





Muka tak sempat make up sangat sebab bangun lambat. Baru nak touch up lebih skit Zahin dah bangun nangis-nangis... Datang opis plak stress dengan GST yang telah menghancurkan sistem so banyak kerja tak boleh diselesaikan hari ni. Pending lagi..... Thank you GST! I LOVE YOU GST...










No comments:

Post a Comment