Monday, 5 October 2015

Semuanya Bermula Dari Sini

Dah masuk 2 minggu rasanya aku berperasaan macam ni. Tak tahu nak cakap mana feeling tuh. Sedih ke kecewa ke marah pun ada jugak. Tapi rasanya perasaan ni lebih kepada kecewa. Kecewa dengan sifat manusia yang TAK TAHU menghargai apa yang dia dah bina selama nih. Sekelip mata jer dia boleh bertukar menjadi raksasa. Hahahaha

Kadang aku tengok kalau jalan-jalan kat shopping mall tu laki bini muka tak lah cantik but both of them nampak mesra sangat... Kadang terdetik jugak lah rasa ISH. Ha... CEMBURU! Yes I am! Aku ni semua ada.. Pendek kata kalau nak apa-apa tu memang senang dapat tapi nak dapat kasih sayang yang sejati tu aku rasa YAALLAH payahnya... Mungkin kena lebih banyak muhasabah diri selepas ni. 
 
 
 
Musnah sekelip mata sebab tiket percutian ni. Yang paling terkesan dengan perkara ni mestilah Zikri. Ya Allah lindungi lah perasaan anak kesayanganku itu dari sebarang perkara yang menyedihkan. Dan aku mulai perasan perasaan dendam beliau. Aku beli tiket dengan hotel ni semua aku buat 2 bulan sebelum September. Ya September bulan kelahiranku.. Lantaran both of us so busy balik kerja malam hujung minggu anak-anak ada kelas itu ini so aku rasa cuti sekolah yang lepas adalah PERFECT TIME untuk bercuti sekeluarga. Malangnya semasa beli tiket tu aku tak perasan Raya Haji jatuh masa tu jugak. 
 
Alahai hancur..... Jika sedikit perasaan bertimbang rasa untuk anak dan isteri pasti tak terjadi sebegini. Tapi perasaan itu adalah terlalu MAHAL untuknya. Langsung meninggalkan kami tanpa sebarang bicara hanya CARUTAN yang menyentap jiwa raga. Arghhh hancur luluh hati ini hanya Allah yang tahu. Sudahnye percutian yang berharga rm2000 hangus begitu sahaja perang dunia berserta perang dingin yang kami sekeluarga harungi ketika ini.
 
Ya Allah.. Sedihnya tak mampu aku nak luahkan. Nak tunjuk pada anak-anak aku takut Zikri akan jadi lebih pendendam. Tutup mata sambil menangis (hahahaha) lapangkan dada dan harungi apa yang mendatang dengan tabah. Cuma aku sematkan dalam hati ALLAH itu MAHA ADIL dan pembalasanNYA juga adalah cash didunia. Arghhh kuat!!!! kuat demi anak-anakku..
 


No comments:

Post a Comment