Monday, 16 November 2015

Alhamdulillah - Happy

Pagi ni banyak berita gembira singgah dalam hidup aku. Weee... Happynya Ya Allah... Mula-mula tangan ni laju pulak nak semak result exam Zikri. Yerla masa pertengahan tahun dulu dia GAGAL. Huwaaaa so sad tau sebab dia 2 tahun belajar kat Smart Reader lepas tu boleh pulak periksa darjah 1 gagal English. Mau tak pitam mak ko ni. Hahahaha 2 tahun kemain excellent kat Smart Reader sebut jer nama Zikri confirm semua teachers puji. Punca gagal tu sebab separuh kertas periksa tu dia tak siap. Dapat 39/100 sikit je lagi nak lulus tapi cikgu punya la tak kesian terus bagi gagal. English gagal maka kedudukan terus semua gagal la. Haih malu betul mummy ko ni nak pegi amik report card. 

Sekali pagi ni check, Alhamdulillah Ya Allah... English tu memang aku dah tau dapat 100%. Dia berjaya buktikan yang sememangnya dia BOLEH! Dan aku memang cabar dia ' kalau dapat NO 1 exam kali nih mummy belikan whatever you want'. Dan dia request nak Oppo Smart phone. Kihkihkih mendapat lah mummy kali ni. Sediakan la duit ya. Hahahaha... 


Lepas tu Zara hari ni tak pegi school sebab aku tunggu Papa dia datang nak amik dia kat opis, boleh pulak pukul 9.30 baru Papa dia datang. Hoiii school tu bukak 8 at least dalam pkol 9 sampai tuh okey la. Hahaha ni masa Papa dia sampai, Zara pun tengah tido. Hurmmm tak lama lepas tu Teacher Atie dia mesej tanya napa tak datang?. Aku cakap lah Zara tidur. Lepas tu dia cakap if possible minggu ni dengan minggu depan jangan ponteng sebab dia lead utk tarian masa concert next week. Huhuhu... Zara talent dia memang kat sini. Bab buat persembahan, menari dia memang ketua. Kalau suruh buat homework confirm ratu air mata.Tak macam Zikri, kalau belajar cepat jer dia buat sebab cepat habis belajar cepat boleh main. Huhuhu... 

Takpelah lain anak lain bakatnya. Yang penting mummy and Papa memang dah bekalkan ilmu yang mana kami mampu nak sediakan. Biar tak pakai kereta mewah tapi anak-anak kelas macam-macam kelas kami hantar. Biar tak bergaya asal anak-anak berjaya. Semoga anak-anak mummy semua berjaya didunia dan di akhirat

Friday, 13 November 2015

Customer Owh Customer

Sejak aku bisnes online ni macam-macam ragam manusia aku jumpa... Terutama sekali bila aku buat Facebook Ads lagi macam-macam ragam orang aku jumpa. Ada yang panggil PM pun ada. PM tu bukan Perdana Menteri tapi Private Message. Huhuhu siap msg PM pls PM harga PM. Hahahaha bila aku cakap nama aku Fara dia masih lagi panggil aku PM.

Pastu ada pulak yang sibuk sebelum bayar lagi dok remind jangan lupa bagi no tracking ya sis jangan lupa. Ok bila dah bagi barang tak sampai lagi pun tanya kat aku jugak. Bukan la reti nak check online kat website pos laju. Korang if beli barang online, seller pos pakai pos laju korang boleh check kat sini http://www.poslaju.com.my/track-trace/ sebelum beli tu mintak lah nombor tracking lepas tu check la sendiri kat sini. 

Tak payah lah jadi macam customer aku kat bawah ni. Siang malam dok mengeluh kat aku ni barang tak sampai. Sedangkan aku dah pos pada 6/11/2015. Tapi memandangkan sekarang ni Pos Laju dah jadi Pos Lembap, gini lah jadinya. Pos Jumaat, Isnin baru jalan. Selasa pulak cuti Deepavali. Rabu dah sampai Kuala Terengganu, Khamis pun tak hantar kat customer lagi. Haih.... Tension aku la weh!




Bila dah dok 4-5 kali ko mesej aku tanya barang tak sampai aku pun tension jugak la kan. Aku satu hari pos barang bukan sikit. Hari tu dah mintak nombor tracking dah bagi pun tanya lagi.. Aku faham korang yang beli online ni memang excited lebey nak terima barang. Kalau boleh bayar pukul 6 petang esok dah terima barang. Huhuhu... 

Tapi customer ni customer tetap. Setiap bulan mesti dia masuk order cuma cara dia mendesak-desak tu kadang buat bila dapat order dia je alamak..hahahaha

Korang bila beli barang online, first tolong la letak sikit kepercayaan kat seller tuh. Kalau seller dah bagi nombor tracking tu barang tak sampai korang kol la Pos Laju push supaya cepatkan penghantaran. Lain la kalau korang beli barang lepas tu seller diam seribu bahasa kol ke mesej tak reply tu silakan la memekak. 

Monday, 9 November 2015

Taman Wetland Putrajaya

Semalam hari membawa anak-anak berjalan -  jalan merata -rata tempat.. Kihkih ayat tak boleh blah! Dari pagi pukul 8 pagi tuh dah keluar pegi Pasar Karat Seksyen 13 Shah Alam. Situ memang best woooo barang- barang memang murah giler.. Tudung ke brooch ke baju budak-budak ke... Sape yang suka bundle tu situ memang heaven la. 

Macam laki aku dia memang suka beli barang bundle. Kadang tu nak marah lah jugak sebab macam tak de duit je la dok beli barang terpakai macam tu. Lagi satu aku kadang terpikir sekiranya baju bundle tu orangnya ada kudis ke. Hik hikhik...Geli plak bile ingat. Kang aku cakap lebih-lebih dia marah plak. 

So the best thing is bila dia beli barang bundle je dia if dia tanya ' ok x mummy?' Aku jawab.... dengan senyuman 'OK'. Hahahaha aku tak pakai takpe. Duit dia suka hati dia lah beli apa. Aku tolong basuh jer.

Lepas makan kat Seksyen 7 terus gerak balik. Korang kalau nak makan nasi arab murah dan sedap boleh makan dekat food court belakang Unisel Sec 7 tuh. Sedulang semalam aku makan Mandy Chicken dengan Lamb baru RM 38+ GST jadi RM 40.00 Free air sirap 3 cawan. Portion dia makan adalah untuk 3 orang dewasa. Tapi aku anak beranak 5 orang pun dah kenyang tahap gaban. Dia ada cawangan kat Uniten Bangi. Yang Famous tuh dekat Masjid Uniten. Ha cawangan dia dekat Unisel. Okey lah rasa dia sedap dan banyak.

Lepak kat rumah sekejap tukar-tukar baju lepas asar terus keluar balik. Kebetulan hujan pun dah berenti demi memenuhi hajat Zikri nak main basikal kat Taman Wetland so jom lah wahai anakku.... Alhamdulillah kebetulan pegi tu masih awal dan hujan baru berhenti so orang pun belum ramai makan basikal banyak lagi pilihan.



Harga basikal Zikri - Single bike RM 10, manakala basikal yang suami aku naik tu RM 15. If couple yang bercintan cintun tu sesuai jugak naik basikal macam ni. Ibarat macam berat sama dipikul ringan sama dijijing sebab dia boleh kayuh dua orang.



Suka gambar ni sebab pasang self timer, sekali baru nak parking basikal belum sempat posing dia dah click! hahaha Penat laki aku mengejar 10 saat tuh. Rasa candid yang best plak.


Harga basikal yang macam aku naik bawak Zahin ni RM 15. Ni kali ke- 2 aku bawak dia naik basikal, Alhamdulillah dia diam je.. Siap boleh tertido lagi kat atas ni. Dont worry kat seat tu ada belt so dia insyaallah tak jatuh.

Naik basikal ni pun kena GST ya. Patut total RM 35 jer tapi jadi RM 37 bape sen ntah sebab GST. Kat sini selain naik basikal boleh jugak memancing dan berkayak. If nak jalan kaki pun boleh jugak tapi make sure korang banyak tenaga la sebab kawasan dia besar sangat... Best bawak anak-anak ronda-ronda sini.