Semalam hari membawa anak-anak berjalan - jalan merata -rata tempat.. Kihkih ayat tak boleh blah! Dari pagi pukul 8 pagi tuh dah keluar pegi Pasar Karat Seksyen 13 Shah Alam. Situ memang best woooo barang- barang memang murah giler.. Tudung ke brooch ke baju budak-budak ke... Sape yang suka bundle tu situ memang heaven la.
Macam laki aku dia memang suka beli barang bundle. Kadang tu nak marah lah jugak sebab macam tak de duit je la dok beli barang terpakai macam tu. Lagi satu aku kadang terpikir sekiranya baju bundle tu orangnya ada kudis ke. Hik hikhik...Geli plak bile ingat. Kang aku cakap lebih-lebih dia marah plak.
So the best thing is bila dia beli barang bundle je dia if dia tanya ' ok x mummy?' Aku jawab.... dengan senyuman 'OK'. Hahahaha aku tak pakai takpe. Duit dia suka hati dia lah beli apa. Aku tolong basuh jer.
Lepas makan kat Seksyen 7 terus gerak balik. Korang kalau nak makan nasi arab murah dan sedap boleh makan dekat food court belakang Unisel Sec 7 tuh. Sedulang semalam aku makan Mandy Chicken dengan Lamb baru RM 38+ GST jadi RM 40.00 Free air sirap 3 cawan. Portion dia makan adalah untuk 3 orang dewasa. Tapi aku anak beranak 5 orang pun dah kenyang tahap gaban. Dia ada cawangan kat Uniten Bangi. Yang Famous tuh dekat Masjid Uniten. Ha cawangan dia dekat Unisel. Okey lah rasa dia sedap dan banyak.
Lepak kat rumah sekejap tukar-tukar baju lepas asar terus keluar balik. Kebetulan hujan pun dah berenti demi memenuhi hajat Zikri nak main basikal kat Taman Wetland so jom lah wahai anakku.... Alhamdulillah kebetulan pegi tu masih awal dan hujan baru berhenti so orang pun belum ramai makan basikal banyak lagi pilihan.
Harga basikal Zikri - Single bike RM 10, manakala basikal yang suami aku naik tu RM 15. If couple yang bercintan cintun tu sesuai jugak naik basikal macam ni. Ibarat macam berat sama dipikul ringan sama dijijing sebab dia boleh kayuh dua orang.


Harga basikal yang macam aku naik bawak Zahin ni RM 15. Ni kali ke- 2 aku bawak dia naik basikal, Alhamdulillah dia diam je.. Siap boleh tertido lagi kat atas ni. Dont worry kat seat tu ada belt so dia insyaallah tak jatuh.
No comments:
Post a Comment