Wednesday, 23 December 2015

KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015 (SIRI 1)

KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015 (SIRI 1)

Akta ini digubal untuk memberi kuasa kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) segala urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada kakitangan awam. 

Akta ini diwartakan pada 4 Jun 2015, tetapi hanya akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016.
Setelah meneliti keseluruhan seksyen yang terkandung di dalam Akta ini, saya akan highlightkan beberapa peruntukan yang saya fikir harus diketahui oleh semua rakyat Malaysia amnya dan seluruh kakitangan awam khasnya.

Untuk posting kali ini, saya hanya bercadang untuk highlightkan 3 komen utama saya sahaja terhadap Akta tersebut.
1. Akta ini dilihat memberi kuasa kepada Menteri secara lansung dalam urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan, pelaburan dan kewangan LPPSA.
Menteri yang dimaksudkan dalam Akta ini adalah merujuk kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab Kewangan. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Menteri”)
Daripada semakan saya, terdapat lebih daripada 10 keadaan di dalam Akta ini yang memberi kuasa secara lansung kepada Menteri. Antaranya:-
- Kuasa untuk menentukan tarikh kuatkuasa Akta ini (Seksyen 1(2))
- Kuasa untuk menetapkan tarikh perletakhakkan kuasa, obligasi dan liabiliti LPPSA (Seksyen 4(1)
- Kuasa untuk menentukan fi dan caj yang boleh dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LPPSA (Seksyen 7(3))
- Kuasa untuk melantik Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 8(2))
- Kuasa untuk menentukan elaun Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 10)
- Kuasa untuk membatalkan perlantikan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 11)
- Kuasa untuk melantik CEO LPPSA (Seksyen 18(1)
- Kuasa untuk membuat dasar mengenai kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan awam (Seksyen 21)
- Kuasa untuk meluluskan cadagan pinjaman oleh LPPSA (Seksyen 32)
- Kuasa untuk meluluskan pelaburan oleh LPPSA (Seksyen 33)
- Kuasa untuk memberi arahan kepada Lembaga (Seksyen 36), dan lain-lain lagi kuasa yang berkenaan.
Pendek kata di dalam Akta ini, Menteri dilihat mempunyai kuasa executive dlm menentukan perkara-perkara asas terhadap perlaksanaan Akta ini.

2. Akta ini memberi kuasa yang luas kepada LPPSA untuk melakukan segala perkara yang perlu atau sesuai bagi tujuan perlaksanaan fungsi LPPSA tersebut. (Sila rujuk Seksyen 7)
Kuasa tersebut termasuklah kuasa untuk menggunakan semua harta LPPSA mengikut cara yang sesuai dan menggadaikan /mensekuritikan harta LPPSA tersebut bagi tujuan mendapatkan wang atau membuat pelaburan yang bersesuaian. (Sila Rujuk Seksyen 7(2))
Perlu diingat, Harta dalam Akta ini antara lainnya termasuklah merujuk kepada Hartanah yang digadaikan oleh kakitangan awam kepada LPPSA atas pembiayaan yang diberikan, di mana LPPSA sebagai pemegang gadaian yang mempunyai hak dan kepentingan terhadap Harta tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Harta”)
Dalam bahasa mudahnya, semua hak dan kepentingan LPPSA terhadap hartanah milik peminjam yang digadaikan kepada LPPSA adalah dianggap sebagai Harta LPPSA dan ianya boleh digunakan oleh LPPSA untuk sebarang tujuan yang difikirkan bersesuaian dengan fungsi LPPSA termasuklah untuk melaburkannya dalam pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta.

3. Akta ini juga menyatakan bahawa, mulai daripada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri (dalam konteks ini merujuk kepada tarikh kuatkuasa Akta ini, iaitu mulai 1 Januari 2016), semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liability Kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam sebelum ini akan diletakhakkan (dipindahhakkan) sepenuhnya secara otomatik kepada LPPSA. (Sila Rujuk Seksyen 4)
Ini termasuklah segala urusan berkaitan dengan pengurusan, pentdbiran, perjanjian, dokumentasi guaman, prosiding perundangan dan semua perkara yang di bawah obligasi dan liabiliti Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbedaharaan Malaysia sebelum ini, akan diserahhakkan kepada LPPSA, seolah-olah LPPSA adalah pihak yang sah terhadap perjanjian atau dokumentasi guaman tersebut, tanpa perlu LPPSA memberi notis kepada mana-mana pihak atau tanpa perlu mendapatkan sebarang perintah Mahkamah terhadap perletakhakkan tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 4 (3),(4),(5) dan (7))
Dalam bahasa mudahnya, mulai 1 Januari 2016, semua perkara yang berkaitan dengan BPP adalah secara otomatiknya dipindahkan kepada LPPSA sepenuhnya dan akan menjadi urusan LPPSA serta tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sebagaimana yang termaktub dalam Akta LPPSA.

Oleh:
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)

Implikasi Transformasi Bahagian Pinjaman Perumahan ke LPPSA

MAKLUMAN PENTING UTK KAKITANGAN KERAJAAN.

Mulai drpd 1 Jan 2016, semua pinjaman perumahan utk kakitangan kerajaan tidak lagi diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan. Sebaliknya ia akan diserahkan kpd Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Tidak dpt dipastikan setakat ini sama ada "langkah penswastaan" ini akan memberi kesan kpd kadar pinjaman dan juga syarat-syarat pinjaman kpd kakitangan kerajaan atau tidak.

Cuma yang pasti, urusan dokumentasi guaman slps ini hanya akan diuruskan oleh panel peguam LPPSA shj dgn menggunapakai dokumentasi yg berbeza drpd sebelum ini.

Jika dokumentasi pun sudah berbeza, masakan terma dan syarat di dalam nya tiada perubahan. Apapun nantikan saja perlaksanaannya nnti.




'CON' Pasal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

7 SEBAB KENAPA KAKITANGAN AWAM WAJIB TOLAK SKIM PINJAMAN PERUMAHAN DI BAWAH LPPSA

1. Akta LPPSA memberi kuasa yg luas kpd Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dgn pinjaman perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kpd salah guna kuasa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat2 pembiayaan spt kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan kekal sama spt pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.

3. LPPSA mempunyai hak untuk meminjam wang drpd institusi kewangan dan terlibat dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan dan hak LPPSA terhadap hartanah yg digadaikan oleh peminjam. Ini boleh memberi risiko kerugian kpd LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak peminjam boleh terjejas.

4. Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan berkaitan dgn pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya kpd LPPSA.
Ini beerti kerajaan tidak lagi campur tangan dlm urusan pinjaman kakitangan awam slps ini dan ianya tertakluk kpd bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.

5. Kakitangan kerajaan yg memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan peguam panel yg telah disediakan oleh LPPSA shj. Tidak sebagaimana sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk menguruskan urusan pinjaman perumahan.
Sudah pasti peguam panel yg dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing fees) yg akan dikenakan oleh LPPSA utk dokumentasi yg disediakan oleh peguam panel.

6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma2 dan syarat2 sbgaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.

7. Akta LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat utk terlibat dlm perniagaan bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko untung dan rugi.
Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak akan selamanya kekal sama ttp sebaliknya tertakluk kpd untung dan rugi perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.

Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)

Friday, 4 December 2015

Cekodok


Pagi ni breakfast dekat food court Presint 8 tu... Situ ada banyak pilihan makanan pastu masa nak order air dekat kedai paling hujung tu nampak ada cekodok nih. Pegang masih panas, OK amik lah sebekas. Ingatkan lah dalam RM 1 jer sekali masa bayar total RM 4.80. Aku beli air nescafe dengan air teh o panas. Macam mahal la. So aku tanya la sebekas cekodok ni berapa ringgit. Kihkih cekodok 6 biji RM 2! Phewwww.... mahalnye lah. 

Taubat la pasni dah tak beli dah. Kalau teringin pun aku beli je lah pisang sesikat sebesen, cekodok aku boleh dapat. Sesikat pisang tu baru berapa ringgit je kan. Jualnye kot la main mahal macam nak pegi haji balik hari jer diaorang ni menjual.