7 SEBAB KENAPA KAKITANGAN AWAM WAJIB TOLAK SKIM PINJAMAN PERUMAHAN DI BAWAH LPPSA
1. Akta LPPSA memberi kuasa yg luas kpd Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk
menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dgn pinjaman
perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kpd salah guna kuasa
untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat2
pembiayaan spt kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan
kekal sama spt pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya
bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.
3. LPPSA
mempunyai hak untuk meminjam wang drpd institusi kewangan dan terlibat
dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan
dan hak LPPSA terhadap hartanah yg digadaikan oleh peminjam. Ini boleh
memberi risiko kerugian kpd LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak
peminjam boleh terjejas.
4. Segala harta, hak, kepentingan,
obligasi dan liabiliti Kerajaan berkaitan dgn pentadbiran pinjaman
perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya
kpd LPPSA.
Ini beerti kerajaan tidak lagi campur tangan dlm
urusan pinjaman kakitangan awam slps ini dan ianya tertakluk kpd bidang
kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.
5. Kakitangan kerajaan
yg memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan
peguam panel yg telah disediakan oleh LPPSA shj. Tidak sebagaimana
sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk
menguruskan urusan pinjaman perumahan.
Sudah pasti peguam panel
yg dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan
peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing
fees) yg akan dikenakan oleh LPPSA utk dokumentasi yg disediakan oleh
peguam panel.
6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai
dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma2 dan syarat2
sbgaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.
7. Akta
LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat utk terlibat dlm perniagaan
bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko
untung dan rugi.
Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak
akan selamanya kekal sama ttp sebaliknya tertakluk kpd untung dan rugi
perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.
Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)
No comments:
Post a Comment