Monday, 28 September 2015

Glow Glowing - Day 7

Hasil selepas 7 hari gunakan set lengkap Glow Glowing + toner. Hari ke 3 menggelupas skit kat area jerawat batu tu dan memang pedih. Tapi bertahan la sekejap je dalam 2 hari getting better dan dah mula nampak sedikit flawless. Kihkihkih.. 

So far yang best pasal skincare Glow Glowing ni ialah dia tak melekit-lekit dan kulit rasa lembut jer... Untuk siang selepas apply toner, sapu day cream dia pastu aku pakai foundation JUWITA dan sapu bedak PIXY. Aku pakai barang murah jer mana mampu nak pakai mahal-mahal sebab GST nih. Huhuhu... Jerawat memng cepat la kecut. Harap berkesan la. If betul menjadi, aku akan mula jual skincare nih.

Tuesday, 22 September 2015

Glow Glowing Day 1

Semalam restock barang bisnes tertarik dengan skincare Glow Glowing yang modelnya Shira Iskandar tu. Semenjak makan pil Yasmin jerawat tumbuh melata di sekitar pipi kiri dan kanan. Memang malu la weh. Pegi opis pun orang sampai tanya dah kenapa dengan muka aku tu.

Aku try dulu skincare ni kalau tak ok jugak jerawat ni memang aku kena stop amik pil perancang Yasmin. Mungkin tak serasi sebab pil tu ada  2 jenis hormon. Macam masa amik suntikan Depo dulu memang muka tak pernah ada jerawat. Sebab Depo cuma single hormon.


Selain dari cuba gunakan Glow Glowing skincare ni aku jugak dah mulakan minum balik Ephyra. Dah 4 tahun kot aku jadi dealer Ephyra cuma dah 4 bulan aku berenti sebab nak test collagen lain tapi jadi gini pulak. Huhuhu... So tunggu next update if ada perkembangan aku tulis kat sini. Kalau ok korang boleh lah try. Tak okey tak payah bazir duit. Hehe...

Monday, 21 September 2015

Sukanya Memanjat

Puas dah mummy larang mummy jerit jangan panjat dia tetap jugak memanjat. Yang tak tahan tu memanjat kat rak tv (homaigod habislah tv aku!!) hahaha.. Bile kena marah dia senyum jer pastu terus sambung buat kerja dia balik. Huhhhh tabahlah mummy ni nak kepung ko nak.

Sunday, 20 September 2015

Basikal Baru Zahin

Hari ni jalan pergi Nilai 3 lepas habis kelas renang Zikri dan Zara. So far Zikri memang sangat menunjukkan minat dia. Apa teacher suruh buat confirm dia ikut. Masalahnya si Zara pulak asal cikgu suruh menyelam dia buat - buat batuk. Sampaikan cikgu tu pun cakap 'kalau Zara macam ni macam mana nak pandai?'. Memang susah la nak ajar Zara. Dia memang kena ada banyak kesabaran nak ajar budak nama Zara ni.
So lepas habis kelas dalam pukul 12.30 tu laki aku sibuk nak cari glove main golf dia tu. Pegi kedai kat area Bangi dia tak berkenan. Sekali dia cakap jom lah pegi Nilai 3. Aku pelik la dia nak beli haper la kat situ. Rupenya nak beli basikal Zahin. Baru - baru ni dah beli 2 biji untuk Zikri dan Zara. Ni beli untuk Zahin pulak.
Petang ni tadi mummy yang berhasrat nak kuruskan badan ni pun bawak la budak Zahin ni naik basikal baru dia. Kakak Zara pulak naik basikal dia sendiri. Habis la satu Desa Sentosa ni mummy pegi bawak pusing. Si Zahin plak kemain dia posing seronok kot rasa angin kan. Aku dah letih tolak basikal tu aku balik lah rumah ha....bermula la episod sedih tak nak turun pulak dari basikal tuh. Hohoiiii kaki mummy ni dah nak tercabut Zahin wehhhh.
Aku angkat je masuk rumah langsung terus menangis-nangis buat perangai. Ha ni yang malas ni bawak jalan-jalan pastu nangis pastu aku yang kena marah dengan laki. Laki aku ni tak bole dengar budak nangis nanti dia tension. Tension dia jela tension aku ni dia tak heran plak.

Saturday, 19 September 2015

Dobi Layan Diri - LaundryBar

Siapa yang selalu guna perkhidmatan dobi layan diri mesti pernah dengar nama Dobi - Laundrybar. Kalau kat area Putrajaya yang selalu aku guna dekat Presint 8, lebih specific dekat AYER 8. Ha dekat dengan kedai mamak lokasi dia.

Kenapa nak gunakan dobi? Jawapan mudah :- MALAS. Hahahaha serius sebab malas nak sidai kain. Dah sidai nak kena angkat plak. Dibuatnya ko sidai lepas tu pergi kerje hujan pulak, confirm lah kain tak kering. Postponed lagi sehari nak angkat. Lepas tu balik malam pulak kain pun dah naik sejuk. Nak pegi sidai tu pun kena bergelut dulu dengan laki. Ha kena kerah dulu sape yang nak sidai dia ke haku. Lepas tu time sidai dengar pulak Zahin melalak-lalak dalam rumah nak ikut keluar tolong mummy sidai kain. Tu belum lagi tengok sidaian kain ko tu sengget-sengget sampai nak nangis lah tengok laki sidaikan kain. Hahaha bukan apa cara sidaian dia tu memang confirm yang jenis tak boleh kering sehari pun. Kihkih pepaham sendiri lah kan apa maknanya.

So....... Tak payah lah. Baik aku bawak je pegi kedai dobi nih lepas tuh masukkan  RM 4 paling minimum untuk 25 minit. Lepas tuh kering. Aku suka mesin pengering ni sebab dia memang panas giler so kain memang 100% kering lah.Aku pilih yang paling hot sebab kain aku banyak. Biasa aku basuk kain 3 round siap-siap kat rumah bawak pegi dobi ni cuma guna pengering dia sahaja. Kalau ada seluar jeans banyak dalam 2-3 helai aku masukkan RM5 kasi lama sikit. Tapi so far dah berbulan aku guna belum penah lagi tak kering la kalau dengan 3 round basuh baju keringkan RM5 tuh.

Yang bestnya kat Dobi Lundrybar nih dia bagi free sabun,softner dengan antiseptik. Datang tu tinggal nak basuh kain jer tak payah bawak sabun dengan softner. Cuma jangan lupa bawak DUIT. Hahahah kalau pegi mana-mana tak bawak duit memang takde sape lah nak layang ko kan. Rasa kat dobi ni je kot yang bagi free benda-benda nih.

Sebelum ni aku selalu guna pengering dekat Presint 8 jugak yang sebelah Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) tuh. Mula-mula ok tau pengering dia no 14 tu sekali makin lama aku guna panas dia dah semakin kurang. Bayangkan aku masukkan RM7 pun tak kering sangat baju aku. Bila whatsapp kat hotline no dia tuh HARAM nak balas. Jadi 2x berturut-turut aku pegi kena kain tak kering so PANGKAH. Aku rasa tuh taktik la tu nak kurangkan kepanasan so orang akan tambah duit lagi sampai kain kering. Apalah namanya niaga konsep muslimah tapi buat gaya gitu. Hurmmm Macam mana lah melayu nak maju.


Friday, 18 September 2015

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam


Hari ni nak cerita lebih lanjut mengenai had kelayakan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam. OK... Yang pertama pinjaman perumahan kerajaan ini memang HANYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN AWAM SAHAJA. Maknanya senang cakap loan untuk orang gomen jer. Orang kerja swasta boleh gunakan bank sebagai medium pinjaman mereka.

Bahagian Pinjaman Perumahan ni terletak di Presint 2 Putrajaya. Berderetan dengan Kementerian Kewangan. Alamat penuh boleh google ya. Huhuhu... Ok prosedur pinjaman  perumahan nih untuk proses kelulusan biasanya dalam masa 5 hari WAKTU BEKERJA SEKIRANYA BORANG PERMOHONAN LENGKAP. Perlu diingatkan LENGKAP baru dalam masa 5 hari lulus. Yang nak menjadi kelewatan biasanya peminjam hantar borang TAK LENGKAP pastu datang nak meroyan cakap Bahagian Pinjaman Perumahan proses loan mereka lambat. Next entry insyaallah kalau sempat aku akan bagi detail setiap jenis permohonan. (If ada masa ya).

Seterusnya sebelum buat permohanan, uolls semua kena kira dahulu kelayakan pinjaman perumahan yang ditawarkan (sila rujuk jadual di bawah). Perlu diingatkan bahawa kelulusan pinjaman perumahan ini adalah tertakluk kepada 60% daripada gaji POKOK tanpa dicampur sebarang ELAUN. GAJI POKOK SAHAJA. Ni ramai orang POYO dia ingat boleh dapat penuh sebab campur dengan elaun. TIDAK YA! Hanya Gaji Pokok Sahaja. Contoh bagi kat bawah nih:

Gaji pokok : RM 2,000
Kelayakan Pinjaman : RM 320,000
60 % daripada Gaji pokok : 2,000 x 60% = RM1,200

Oleh itu bayaran balik pinjaman perumahan anda TIDAK BOLEH melebihi RM 1,200. Kalau lebih sila bayar sendiri menggunakan duit sendiri lebihan wang beza tersebut. Jadi sebelum buat loan, if pemaju ke lawyer ke cakap boleh lulus bla bla bla if lebih pun tak pe... ITU ADALAH TIPU!. Lawyer dan pemaju nih kengkadang demi nak melariskan rumah sanggup cerita kartun kat peminjam last-last depa tak mampu nak bayar wang beza dah kena batal pinjaman. So korang boleh rujuk dulu jadual kat bawah ni dan kira sendiri.

Selain itu juga korang boleh buat kiraan lebih tepat menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dalam website http://bpp.treasury.gov.my/web/. Kira dengan hati yang lapang dan tenang sebab setiap insurans yang ditawarkan jumlah bayaran bulanan adalah berbeza.

Ok itu jer dulu buat masa ni. If korang tak paham dengan penjelasan aku nih boleh emel direct kepada aku butikgedobot@gmail.com . Insyaallah aku akan cuba jawab mana-mana yang boleh.


Thursday, 17 September 2015

KAWAN

Pagi ni masa nak mulakan kerje lepas breakfast dapat whatsapp macam ni. Hurmmmm malas benornye nak layan orang yang bertanyakan mengenai loan Bahagian Pinjaman Perumahan nih. Sebab apa malas nak layan?? Secara jujurnya dah ramai kawan yang aku tolong approvekan loan perumahan diaorang tapikan..... sedih nak bagitahu tak ada walau seorang pun yang menjemput aku datang rumah dia. Hahahaha macam bodoh je kan benda macam ni pun nak sentap. 

Bukan ape la kan masa nak apply loan tu selang seminit kol whatsapp aku. Sekejap kejap tanya itu ini. Menyatakan ketakutan if loan tak approve la apa bagai. Ok aku cuba bantu sedaya mungkin sementelah aku memang buat proses kelulusan loan perumahan ni. So selok belok dokumen memang dalam tangan la. Dah lepas lulus nak cepat plak urusan gadaian dgn bayaran. Ok la mana yang mampu aku tolong. Korang tahu tak itu dah diluar bahagian aku dah. So if aku tolong maknanya aku kena pegi bahagian orang lain tebalkan muka kat orang bahagian tu mintak tolong cepatkan proses bahagian tuh pulak. Bukan nya dari A- Z aku yang buat. So at least la kan masa ko buat housewarming ke open house ke jemput-jemput ayam pun takpe la bukan senyap seribu bahsa lepas beberapa tahun tahu pulak no telefon aku nak mintak statement. Mau aku tak hangin! Hahahahaha

If uollss ada nak buat loan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan and tak sure pasal dokumen boleh lah direct emel aku jer. Nanti mana -mana yang boleh aku tolong aku tolong okey... 



Wednesday, 16 September 2015

Pendaftaran Syarikat (SSM)

Aku dah lama planning nak buat produk sendiri. Selalu berangan nak keluar produk kecantikan jenama sendiri. Betul aku memang kerje kerajaan. Kalo nak ikut sampai mati memang dah secure dah kerje aku ni tapi income yang dapat tiap bulan tu tak best sangat. Huhuhu aku memang suka bisnes, bisnes online terutamanya.

Kalau sehari tu dapat post out parcel lebih 10 memang happy giler lah aku nih. So baru -baru ni aku dah pegi survey beberapa kilang buat kosmetik dah dapat harga raw materials nak kuarkan sesejenis produk kecantikan tu and aku decide nak keluarkan tonic rambut khas untuk mereka yang ada masalah rambut.

Jadi untuk move on to the next step, aku perlu daftarkan dahulu perniagaan yang hendak dijalankan. Nama yang dipilih ialah FABULOUS BEAUTY CARE. Semalam dah pun selamat daftarkan nama tu di SSM Putrajaya. Sebelah opis aku je pun. Bagi mereka yang tak tahu SSM Putrajaya berada didalam bangunan KPDNKK Presint 2. Paling penting please bawak copy ic uolls okey.

Nak dijadikan cerita aku memang dah ada company sendiri dari tahun 2012 tapi nama dia tak best so ingat boleh lah main tukar jer rupenye TUKAR NAMA COMPANY TIDAK BOLEH. Tukar nama owner company sahaja yang boleh. Oleh itu kena daftar baru dan aku tak bawak salinan ic. Maka berjalan jalan lah aku ke bangunan MECD tapi mesin photostat dia rosak. Rasa macam dah give up ni sebab mengenangkan keje banyak lagi nak kena settle kat opis tapi kawan aku ni dia dok push jgn putus asa jom g JPN plak. Ha... Menapak ke JPN tuh nasib lah ok mesin photostat dia.

Pendaftaran syarikat tu kena caj rm70 ya. Dalam masa sejam dah siap. Kalau kat Presint 2 ni memang tak ramai orang. Tak sampai setengah jam dah siap dah company aku! Weeeeee happy alhamdulillah Ya Allah Engkau telah permudahkan urusanku semalam. Terima kasih Ya Allah. Next step ialah tunggu sample produk dan buat design logo company dan logo produk.

Tuesday, 15 September 2015

Sekolah Tutup

Alkisahnya pagi nih Zikri and Zara bersiap macam biasa nak pegi sekolah. Tapi aku perasan dalam pkol 6.30 biasanya ada 2 biji bas sekolah akan lalu. So itu benchmark aku kalau by the time bas lalu aku belum pakai tudung maknanya aku dah lambat. Pagi tadi pulak dah siap pakai tudung dah start kereta apa semua tak da pun bas lalu. Laki aku pun pelik jugak... Ni kes laki bini tido awal malam tadi so berita terkini bahawa sekolah telah ditutup pagi ni tak tahu. Hahahaha

Sekali dah sampai rumah abah, dia gelak jer..Abah cakap ' Sekolah ke hari ni?' Aku jawab lah dengan confident. ' sekolah la nape pulak tak sekolah' lalu abah pun bagi hp dia. 'Nah baca ni'! Kihkihkih astro awani punye berita siap abah screenshot. Owh ok..... So Zikri and Zara pegi lah naik atas sambung tido.  

Patut la aku perasan jalan pun lenggang dari Bangi nak ke Putrajaya. Pun tak nampak budak pakai baju sekolah jalan kaki sekitar Putrajaya. Cuti rupenye!


Monday, 14 September 2015

Zahin & Atok

Zahin sejak umur 5 bulan memang abah aku yang jaga. Dia yang suka rela nak jaga anak aku tuh sebab masa tu aku dah unpaid 3 bulan sebab cari taska takde yang berkenan. Pastu bila dapat pengasuh jenis orang yang mengasuh nak duit jer so TIDAK menepati pilihan hati aku.

Lagipun antara 3 orang anak ni memang Zahin la yang paling susah aku nak dapat. Dari mula tahu pregnant tu dah ada heavy bleading. Sampai ada 1 masa lebih kurang 14weeks tu darah mencurah - curah keluar. That time memang dah cuak and memang dah rase Zahin dah tak dapat diselamatkan lagi. Tapi alhamdulillah pegi Hospital Putrajaya Zahin masih lagi ada dalam karung dan masih lagi berdegup jantungnya.

Arghhh memori dahsyat ketika mengandung tu yang kadang kadang buat aku rasa takut and ngeri nak pregnant balik. But i lovessssss baby so much. Kalau kawan kat opis tu bawak baby surely aku la yang akan datang and gomol - gomol. Cuma nak menambah anak buat masa ni mungkin tak kot. Huhuhuhu...

Alahai Lif

Baik sungguh kamu hari ni wahai lif... 2x aku turun naik tingkat 10 guna tangga. Confirm la gigil kaki aku sat lagi. Jangan plak balik keje petang nanti pun sama jugak tak elok lagi. Mau esok aku mc plak. Hahaha

Jerebu Please Go Away!!!!

Rasa dah macam duduk kat Cameron Highland or somewhere yang macam obersea jer.. Hahahaha.. Aku nak pegi mana-mana pun pikir 10x. Jerebu teruk giler lah... Aduhai semalam lagi lah dari pagi patut Zikri ada kelas Taekwondo cancel sebab jerebu dah cecah paras TIDAK SIHAT kat Putrajaya. Pastu pkol 11 patut ada kelas berenang pun cancel jugak sebab Perbadanan Putrajaya tak bagi orang masuk pool sebab jerebu.

Setiap tahun Malaysia mesti kena serangan jerebu macam nih. Please la Indonesia alert skit ko menyusahkan orang lain lah. Banyak aktiviti tak boleh dijalankan sebab jerebu and of course la melibatkan kerugian duit. Yerla satu kali kelas dah kena bayar berapa ringgit? Rugi lah kan tak datang kelas.

Aku ni pun sekarang dah kena serangan batuk, mata merah, tekak gatal giler dok lah koh koh koh je kat opis nih. Lagi best sekarang ni tengah period lagi lah sedap menahan sakit perut nih. Semoga cuaca kembali pulih macam sebelum ni dengan segera. Amin