Wednesday, 16 September 2015

Pendaftaran Syarikat (SSM)

Aku dah lama planning nak buat produk sendiri. Selalu berangan nak keluar produk kecantikan jenama sendiri. Betul aku memang kerje kerajaan. Kalo nak ikut sampai mati memang dah secure dah kerje aku ni tapi income yang dapat tiap bulan tu tak best sangat. Huhuhu aku memang suka bisnes, bisnes online terutamanya.

Kalau sehari tu dapat post out parcel lebih 10 memang happy giler lah aku nih. So baru -baru ni aku dah pegi survey beberapa kilang buat kosmetik dah dapat harga raw materials nak kuarkan sesejenis produk kecantikan tu and aku decide nak keluarkan tonic rambut khas untuk mereka yang ada masalah rambut.

Jadi untuk move on to the next step, aku perlu daftarkan dahulu perniagaan yang hendak dijalankan. Nama yang dipilih ialah FABULOUS BEAUTY CARE. Semalam dah pun selamat daftarkan nama tu di SSM Putrajaya. Sebelah opis aku je pun. Bagi mereka yang tak tahu SSM Putrajaya berada didalam bangunan KPDNKK Presint 2. Paling penting please bawak copy ic uolls okey.

Nak dijadikan cerita aku memang dah ada company sendiri dari tahun 2012 tapi nama dia tak best so ingat boleh lah main tukar jer rupenye TUKAR NAMA COMPANY TIDAK BOLEH. Tukar nama owner company sahaja yang boleh. Oleh itu kena daftar baru dan aku tak bawak salinan ic. Maka berjalan jalan lah aku ke bangunan MECD tapi mesin photostat dia rosak. Rasa macam dah give up ni sebab mengenangkan keje banyak lagi nak kena settle kat opis tapi kawan aku ni dia dok push jgn putus asa jom g JPN plak. Ha... Menapak ke JPN tuh nasib lah ok mesin photostat dia.

Pendaftaran syarikat tu kena caj rm70 ya. Dalam masa sejam dah siap. Kalau kat Presint 2 ni memang tak ramai orang. Tak sampai setengah jam dah siap dah company aku! Weeeeee happy alhamdulillah Ya Allah Engkau telah permudahkan urusanku semalam. Terima kasih Ya Allah. Next step ialah tunggu sample produk dan buat design logo company dan logo produk.

No comments:

Post a Comment