Alkisahnya pagi nih Zikri and Zara bersiap macam biasa nak pegi sekolah. Tapi aku perasan dalam pkol 6.30 biasanya ada 2 biji bas sekolah akan lalu. So itu benchmark aku kalau by the time bas lalu aku belum pakai tudung maknanya aku dah lambat. Pagi tadi pulak dah siap pakai tudung dah start kereta apa semua tak da pun bas lalu. Laki aku pun pelik jugak... Ni kes laki bini tido awal malam tadi so berita terkini bahawa sekolah telah ditutup pagi ni tak tahu. Hahahaha
Sekali dah sampai rumah abah, dia gelak jer..Abah cakap ' Sekolah ke hari ni?' Aku jawab lah dengan confident. ' sekolah la nape pulak tak sekolah' lalu abah pun bagi hp dia. 'Nah baca ni'! Kihkihkih astro awani punye berita siap abah screenshot. Owh ok..... So Zikri and Zara pegi lah naik atas sambung tido.
Patut la aku perasan jalan pun lenggang dari Bangi nak ke Putrajaya. Pun tak nampak budak pakai baju sekolah jalan kaki sekitar Putrajaya. Cuti rupenye!
No comments:
Post a Comment