Friday, 18 September 2015

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam


Hari ni nak cerita lebih lanjut mengenai had kelayakan pinjaman perumahan bagi kakitangan awam. OK... Yang pertama pinjaman perumahan kerajaan ini memang HANYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN AWAM SAHAJA. Maknanya senang cakap loan untuk orang gomen jer. Orang kerja swasta boleh gunakan bank sebagai medium pinjaman mereka.

Bahagian Pinjaman Perumahan ni terletak di Presint 2 Putrajaya. Berderetan dengan Kementerian Kewangan. Alamat penuh boleh google ya. Huhuhu... Ok prosedur pinjaman  perumahan nih untuk proses kelulusan biasanya dalam masa 5 hari WAKTU BEKERJA SEKIRANYA BORANG PERMOHONAN LENGKAP. Perlu diingatkan LENGKAP baru dalam masa 5 hari lulus. Yang nak menjadi kelewatan biasanya peminjam hantar borang TAK LENGKAP pastu datang nak meroyan cakap Bahagian Pinjaman Perumahan proses loan mereka lambat. Next entry insyaallah kalau sempat aku akan bagi detail setiap jenis permohonan. (If ada masa ya).

Seterusnya sebelum buat permohanan, uolls semua kena kira dahulu kelayakan pinjaman perumahan yang ditawarkan (sila rujuk jadual di bawah). Perlu diingatkan bahawa kelulusan pinjaman perumahan ini adalah tertakluk kepada 60% daripada gaji POKOK tanpa dicampur sebarang ELAUN. GAJI POKOK SAHAJA. Ni ramai orang POYO dia ingat boleh dapat penuh sebab campur dengan elaun. TIDAK YA! Hanya Gaji Pokok Sahaja. Contoh bagi kat bawah nih:

Gaji pokok : RM 2,000
Kelayakan Pinjaman : RM 320,000
60 % daripada Gaji pokok : 2,000 x 60% = RM1,200

Oleh itu bayaran balik pinjaman perumahan anda TIDAK BOLEH melebihi RM 1,200. Kalau lebih sila bayar sendiri menggunakan duit sendiri lebihan wang beza tersebut. Jadi sebelum buat loan, if pemaju ke lawyer ke cakap boleh lulus bla bla bla if lebih pun tak pe... ITU ADALAH TIPU!. Lawyer dan pemaju nih kengkadang demi nak melariskan rumah sanggup cerita kartun kat peminjam last-last depa tak mampu nak bayar wang beza dah kena batal pinjaman. So korang boleh rujuk dulu jadual kat bawah ni dan kira sendiri.

Selain itu juga korang boleh buat kiraan lebih tepat menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dalam website http://bpp.treasury.gov.my/web/. Kira dengan hati yang lapang dan tenang sebab setiap insurans yang ditawarkan jumlah bayaran bulanan adalah berbeza.

Ok itu jer dulu buat masa ni. If korang tak paham dengan penjelasan aku nih boleh emel direct kepada aku butikgedobot@gmail.com . Insyaallah aku akan cuba jawab mana-mana yang boleh.


1 comment:

  1. Hello semua orang, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warganegara Malaysia; saya 38 tahun .. saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan tuan untuk akhirnya membawa saya kepada pemberi pinjaman pinjaman benar-benar dan tulen bernama Joyce Roland, pengarah urusan JOYCE ROLAND Pinjaman Syarikat selepas telah scammed oleh peminjam palsu lain, i adalah sia-sia dan tidak tahu siapa yang harus dipercayai semasa dia datang dan meletakkan senyuman pada wajah saya pada kejutan terbesar saya. Sesiapa di antara kamu yang juga telah menjadi mangsa penipuan, anda perlu bersusah payah tidak lebih cos, saya mempunyai membawa anda berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya, sila hubungi mereka sekarang melalui e-mel: {joycerolandloancompany@gmail.com »} lebih maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Joyce dalam sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi syukur kepada JOYCE ROLAND kerana memberi pinjaman sebanyak $ 80,000 ...

    ReplyDelete