Wednesday, 23 December 2015
KOMEN TENTANG AKTA LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) 2015 (SIRI 1)
Akta ini digubal untuk memberi kuasa kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) segala urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada kakitangan awam.
Akta ini diwartakan pada 4 Jun 2015, tetapi hanya akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016.
Setelah meneliti keseluruhan seksyen yang terkandung di dalam Akta ini, saya akan highlightkan beberapa peruntukan yang saya fikir harus diketahui oleh semua rakyat Malaysia amnya dan seluruh kakitangan awam khasnya.
Untuk posting kali ini, saya hanya bercadang untuk highlightkan 3 komen utama saya sahaja terhadap Akta tersebut.
1. Akta ini dilihat memberi kuasa kepada Menteri secara lansung dalam urusan berkaitan pentadbiran, pengurusan, pelaburan dan kewangan LPPSA.
Menteri yang dimaksudkan dalam Akta ini adalah merujuk kepada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab Kewangan. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Menteri”)
Daripada semakan saya, terdapat lebih daripada 10 keadaan di dalam Akta ini yang memberi kuasa secara lansung kepada Menteri. Antaranya:-
- Kuasa untuk menentukan tarikh kuatkuasa Akta ini (Seksyen 1(2))
- Kuasa untuk menetapkan tarikh perletakhakkan kuasa, obligasi dan liabiliti LPPSA (Seksyen 4(1)
- Kuasa untuk menentukan fi dan caj yang boleh dikenakan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LPPSA (Seksyen 7(3))
- Kuasa untuk melantik Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 8(2))
- Kuasa untuk menentukan elaun Pengerusi dan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 10)
- Kuasa untuk membatalkan perlantikan Anggota Lembaga LPPSA (Seksyen 11)
- Kuasa untuk melantik CEO LPPSA (Seksyen 18(1)
- Kuasa untuk membuat dasar mengenai kemudahan pembiayaan perumahan kakitangan awam (Seksyen 21)
- Kuasa untuk meluluskan cadagan pinjaman oleh LPPSA (Seksyen 32)
- Kuasa untuk meluluskan pelaburan oleh LPPSA (Seksyen 33)
- Kuasa untuk memberi arahan kepada Lembaga (Seksyen 36), dan lain-lain lagi kuasa yang berkenaan.
Pendek kata di dalam Akta ini, Menteri dilihat mempunyai kuasa executive dlm menentukan perkara-perkara asas terhadap perlaksanaan Akta ini.
2. Akta ini memberi kuasa yang luas kepada LPPSA untuk melakukan segala perkara yang perlu atau sesuai bagi tujuan perlaksanaan fungsi LPPSA tersebut. (Sila rujuk Seksyen 7)
Kuasa tersebut termasuklah kuasa untuk menggunakan semua harta LPPSA mengikut cara yang sesuai dan menggadaikan /mensekuritikan harta LPPSA tersebut bagi tujuan mendapatkan wang atau membuat pelaburan yang bersesuaian. (Sila Rujuk Seksyen 7(2))
Perlu diingat, Harta dalam Akta ini antara lainnya termasuklah merujuk kepada Hartanah yang digadaikan oleh kakitangan awam kepada LPPSA atas pembiayaan yang diberikan, di mana LPPSA sebagai pemegang gadaian yang mempunyai hak dan kepentingan terhadap Harta tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 2 tentang difinisi “Harta”)
Dalam bahasa mudahnya, semua hak dan kepentingan LPPSA terhadap hartanah milik peminjam yang digadaikan kepada LPPSA adalah dianggap sebagai Harta LPPSA dan ianya boleh digunakan oleh LPPSA untuk sebarang tujuan yang difikirkan bersesuaian dengan fungsi LPPSA termasuklah untuk melaburkannya dalam pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta.
3. Akta ini juga menyatakan bahawa, mulai daripada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri (dalam konteks ini merujuk kepada tarikh kuatkuasa Akta ini, iaitu mulai 1 Januari 2016), semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liability Kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam sebelum ini akan diletakhakkan (dipindahhakkan) sepenuhnya secara otomatik kepada LPPSA. (Sila Rujuk Seksyen 4)
Ini termasuklah segala urusan berkaitan dengan pengurusan, pentdbiran, perjanjian, dokumentasi guaman, prosiding perundangan dan semua perkara yang di bawah obligasi dan liabiliti Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbedaharaan Malaysia sebelum ini, akan diserahhakkan kepada LPPSA, seolah-olah LPPSA adalah pihak yang sah terhadap perjanjian atau dokumentasi guaman tersebut, tanpa perlu LPPSA memberi notis kepada mana-mana pihak atau tanpa perlu mendapatkan sebarang perintah Mahkamah terhadap perletakhakkan tersebut. (Sila Rujuk Seksyen 4 (3),(4),(5) dan (7))
Dalam bahasa mudahnya, mulai 1 Januari 2016, semua perkara yang berkaitan dengan BPP adalah secara otomatiknya dipindahkan kepada LPPSA sepenuhnya dan akan menjadi urusan LPPSA serta tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sebagaimana yang termaktub dalam Akta LPPSA.
Oleh:
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)
Implikasi Transformasi Bahagian Pinjaman Perumahan ke LPPSA
Mulai drpd 1 Jan 2016, semua pinjaman perumahan utk kakitangan kerajaan tidak lagi diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan. Sebaliknya ia akan diserahkan kpd Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Tidak dpt dipastikan setakat ini sama ada "langkah penswastaan" ini akan memberi kesan kpd kadar pinjaman dan juga syarat-syarat pinjaman kpd kakitangan kerajaan atau tidak.
Cuma yang pasti, urusan dokumentasi guaman slps ini hanya akan diuruskan oleh panel peguam LPPSA shj dgn menggunapakai dokumentasi yg berbeza drpd sebelum ini.
Jika dokumentasi pun sudah berbeza, masakan terma dan syarat di dalam nya tiada perubahan. Apapun nantikan saja perlaksanaannya nnti.

'CON' Pasal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
1. Akta LPPSA memberi kuasa yg luas kpd Menteri Kewangan dan pengurusan LPPSA untuk menentukan segala perkara dasar dan polisi berkenaan dgn pinjaman perumahan kakitangan awam. Ini boleh mendedahkan kpd salah guna kuasa untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
2. Tiada jaminan di dalam Akta LPPSA bahawa segala terma dan syarat2 pembiayaan spt kadar faedah 4% dan syarat-syarat kelulusan pinjaman akan kekal sama spt pinjaman perumahan di bawah BPP sebelum ini. Semuanya bergantung kpd budi bicara Menteri dan LPPSA sepenuhnya.
3. LPPSA mempunyai hak untuk meminjam wang drpd institusi kewangan dan terlibat dengan pelaburan serta boleh mencagarkan dan mensekuritikan kepentingan dan hak LPPSA terhadap hartanah yg digadaikan oleh peminjam. Ini boleh memberi risiko kerugian kpd LPPSA. Kesannya, kepentingan dan hak peminjam boleh terjejas.
4. Segala harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan berkaitan dgn pentadbiran pinjaman perumahan kakitangan awam akan diletakhakkan (dipindahkan) sepenuhnya kpd LPPSA.
Ini beerti kerajaan tidak lagi campur tangan dlm urusan pinjaman kakitangan awam slps ini dan ianya tertakluk kpd bidang kuasa dan budi bicara LPPSA sepenuhnya.
5. Kakitangan kerajaan yg memohon pinjaman perumahan di bawah LPPSA hanya boleh menggunakan peguam panel yg telah disediakan oleh LPPSA shj. Tidak sebagaimana sebelum ini dimana peminjam boleh melantik peguam mereka sendiri untuk menguruskan urusan pinjaman perumahan.
Sudah pasti peguam panel yg dilantik oleh LPPSA tidak akan melindungi hak dan kepentingan peminjam sepenuhnya. Berkemungkinan juga ada caj tambahan (processing fees) yg akan dikenakan oleh LPPSA utk dokumentasi yg disediakan oleh peguam panel.
6. Urusan pinjaman juga akan menggunapakai dokumentasi baru dan tidak lagi terikat dengan terma2 dan syarat2 sbgaimana dokumentasi pinjaman perumahan di bawah BPP.
7. Akta LPPSA membenarkan LPPSA menubuhkan syarikat utk terlibat dlm perniagaan bagi mencari dana kewangan. Ini akan mendedahkan LPPSA kepada risiko untung dan rugi.
Kesannya, pinjaman perumahan kerajaan tidak akan selamanya kekal sama ttp sebaliknya tertakluk kpd untung dan rugi perniagaan dan kewangan LPPSA sepenuhnya.
Oleh;
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)
Friday, 4 December 2015
Cekodok

Monday, 16 November 2015
Alhamdulillah - Happy

Friday, 13 November 2015
Customer Owh Customer


Monday, 9 November 2015
Taman Wetland Putrajaya
Harga basikal Zikri - Single bike RM 10, manakala basikal yang suami aku naik tu RM 15. If couple yang bercintan cintun tu sesuai jugak naik basikal macam ni. Ibarat macam berat sama dipikul ringan sama dijijing sebab dia boleh kayuh dua orang.


Thursday, 29 October 2015
Taste Laki vs bini

Monday, 5 October 2015
Semuanya Bermula Dari Sini
Friday, 2 October 2015
CARA PENGAMBILAN EPHYRA COLLAGEN
Warna dia oren. Bancuh guna air sejuk. Air panas no no no sebab dia akan merosakkan khasiat produk EPHYRA ni. Again.... Minum diwaktu pagi ketika perut kosong. Kalau minum malam takut tak boleh tidur sebab EPHYRA membekalkan tenaga. Itu yang sesiapa yang minum EPHYRA COLLAGEN tu rasa macam kurang penat.
Ha ni mak tembun tengah minum. Kalau dari jauh tu memang dah tak nampak sangat jerawat aku ni. Alhamdulillah....
Sesiapa nak order boleh whatsapp aku 011-3988-8291. Harga asal EPHYRA ialah
RM 197 (S.M) / RM 207 (S.S) tapi harga diskaun adalah rahsia. Sila whatsapp segera. Bahahahaha...
Thursday, 1 October 2015
EPHYRA Untuk Ibu Menyusu
- Puan Noraina, Putrajaya.
whatsapp 011-3988-8291
whatsapp 011-3988-8291
whatsapp 011-3988-8291
==================
KENAPA EPHYRA SGT LARIS DIKALANGAN IBU MENYUSU BADAN?
==================
.
✔Membantu pengeluaran susu ibu dan
memperbanyakkan susu ibu
✔Memekatkan susu ibu, jadi baby jadi cepat kenyang
✔kesan dapat dilihat dalam tempoh antara 3 hari ke 10 hari ( bergantung pada individu)
✔Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
✔Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
✔Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
✔Mencantikkan kulit ibu dan mengawal berat badan ibu
✔Mendapat kelulusan KKM & Halal dari Jakim
✔Ibu mengandung boleh minum ephyra jika tiada alahan teruk
📞
whatsapp 011-3988-8291
whatsapp 011-3988-8291
whatsapp 011-3988-8291
Bila Opisku Syurgaku
Bila jantung dup dap rasa nak marah berkecamuk rasa macam-macam lah kan aku cepat-cepat baca ayat-ayat diatas.. Kalau rasa macam satu-satu masa tuh alahai sempitnya hidup nak beli itu ini duit macam tak cukup je banyakkan baca ayat-ayat diatas... In shaaa Allah... Dipermudahkan segala urusan. Tutup mata bayangkan anak-anak mulut segera beristigfar Alhamdulillah kesabaran tu masih milik aku. Moga hidup kawan-kawan ku yang lain juga dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Monday, 28 September 2015
Glow Glowing - Day 7
So far yang best pasal skincare Glow Glowing ni ialah dia tak melekit-lekit dan kulit rasa lembut jer... Untuk siang selepas apply toner, sapu day cream dia pastu aku pakai foundation JUWITA dan sapu bedak PIXY. Aku pakai barang murah jer mana mampu nak pakai mahal-mahal sebab GST nih. Huhuhu... Jerawat memng cepat la kecut. Harap berkesan la. If betul menjadi, aku akan mula jual skincare nih.
Tuesday, 22 September 2015
Glow Glowing Day 1
Semalam restock barang bisnes tertarik dengan skincare Glow Glowing yang modelnya Shira Iskandar tu. Semenjak makan pil Yasmin jerawat tumbuh melata di sekitar pipi kiri dan kanan. Memang malu la weh. Pegi opis pun orang sampai tanya dah kenapa dengan muka aku tu.
Aku try dulu skincare ni kalau tak ok jugak jerawat ni memang aku kena stop amik pil perancang Yasmin. Mungkin tak serasi sebab pil tu ada 2 jenis hormon. Macam masa amik suntikan Depo dulu memang muka tak pernah ada jerawat. Sebab Depo cuma single hormon.
Selain dari cuba gunakan Glow Glowing skincare ni aku jugak dah mulakan minum balik Ephyra. Dah 4 tahun kot aku jadi dealer Ephyra cuma dah 4 bulan aku berenti sebab nak test collagen lain tapi jadi gini pulak. Huhuhu... So tunggu next update if ada perkembangan aku tulis kat sini. Kalau ok korang boleh lah try. Tak okey tak payah bazir duit. Hehe...
Monday, 21 September 2015
Sukanya Memanjat
Puas dah mummy larang mummy jerit jangan panjat dia tetap jugak memanjat. Yang tak tahan tu memanjat kat rak tv (homaigod habislah tv aku!!) hahaha.. Bile kena marah dia senyum jer pastu terus sambung buat kerja dia balik. Huhhhh tabahlah mummy ni nak kepung ko nak.
Sunday, 20 September 2015
Basikal Baru Zahin
So lepas habis kelas dalam pukul 12.30 tu laki aku sibuk nak cari glove main golf dia tu. Pegi kedai kat area Bangi dia tak berkenan. Sekali dia cakap jom lah pegi Nilai 3. Aku pelik la dia nak beli haper la kat situ. Rupenya nak beli basikal Zahin. Baru - baru ni dah beli 2 biji untuk Zikri dan Zara. Ni beli untuk Zahin pulak.
Petang ni tadi mummy yang berhasrat nak kuruskan badan ni pun bawak la budak Zahin ni naik basikal baru dia. Kakak Zara pulak naik basikal dia sendiri. Habis la satu Desa Sentosa ni mummy pegi bawak pusing. Si Zahin plak kemain dia posing seronok kot rasa angin kan. Aku dah letih tolak basikal tu aku balik lah rumah ha....bermula la episod sedih tak nak turun pulak dari basikal tuh. Hohoiiii kaki mummy ni dah nak tercabut Zahin wehhhh.
Aku angkat je masuk rumah langsung terus menangis-nangis buat perangai. Ha ni yang malas ni bawak jalan-jalan pastu nangis pastu aku yang kena marah dengan laki. Laki aku ni tak bole dengar budak nangis nanti dia tension. Tension dia jela tension aku ni dia tak heran plak.
Saturday, 19 September 2015
Dobi Layan Diri - LaundryBar
Kenapa nak gunakan dobi? Jawapan mudah :- MALAS. Hahahaha serius sebab malas nak sidai kain. Dah sidai nak kena angkat plak. Dibuatnya ko sidai lepas tu pergi kerje hujan pulak, confirm lah kain tak kering. Postponed lagi sehari nak angkat. Lepas tu balik malam pulak kain pun dah naik sejuk. Nak pegi sidai tu pun kena bergelut dulu dengan laki. Ha kena kerah dulu sape yang nak sidai dia ke haku. Lepas tu time sidai dengar pulak Zahin melalak-lalak dalam rumah nak ikut keluar tolong mummy sidai kain. Tu belum lagi tengok sidaian kain ko tu sengget-sengget sampai nak nangis lah tengok laki sidaikan kain. Hahaha bukan apa cara sidaian dia tu memang confirm yang jenis tak boleh kering sehari pun. Kihkih pepaham sendiri lah kan apa maknanya.
So....... Tak payah lah. Baik aku bawak je pegi kedai dobi nih lepas tuh masukkan RM 4 paling minimum untuk 25 minit. Lepas tuh kering. Aku suka mesin pengering ni sebab dia memang panas giler so kain memang 100% kering lah.Aku pilih yang paling hot sebab kain aku banyak. Biasa aku basuk kain 3 round siap-siap kat rumah bawak pegi dobi ni cuma guna pengering dia sahaja. Kalau ada seluar jeans banyak dalam 2-3 helai aku masukkan RM5 kasi lama sikit. Tapi so far dah berbulan aku guna belum penah lagi tak kering la kalau dengan 3 round basuh baju keringkan RM5 tuh.
Yang bestnya kat Dobi Lundrybar nih dia bagi free sabun,softner dengan antiseptik. Datang tu tinggal nak basuh kain jer tak payah bawak sabun dengan softner. Cuma jangan lupa bawak DUIT. Hahahah kalau pegi mana-mana tak bawak duit memang takde sape lah nak layang ko kan. Rasa kat dobi ni je kot yang bagi free benda-benda nih.
Sebelum ni aku selalu guna pengering dekat Presint 8 jugak yang sebelah Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) tuh. Mula-mula ok tau pengering dia no 14 tu sekali makin lama aku guna panas dia dah semakin kurang. Bayangkan aku masukkan RM7 pun tak kering sangat baju aku. Bila whatsapp kat hotline no dia tuh HARAM nak balas. Jadi 2x berturut-turut aku pegi kena kain tak kering so PANGKAH. Aku rasa tuh taktik la tu nak kurangkan kepanasan so orang akan tambah duit lagi sampai kain kering. Apalah namanya niaga konsep muslimah tapi buat gaya gitu. Hurmmm Macam mana lah melayu nak maju.
Friday, 18 September 2015
Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam
Bahagian Pinjaman Perumahan ni terletak di Presint 2 Putrajaya. Berderetan dengan Kementerian Kewangan. Alamat penuh boleh google ya. Huhuhu... Ok prosedur pinjaman perumahan nih untuk proses kelulusan biasanya dalam masa 5 hari WAKTU BEKERJA SEKIRANYA BORANG PERMOHONAN LENGKAP. Perlu diingatkan LENGKAP baru dalam masa 5 hari lulus. Yang nak menjadi kelewatan biasanya peminjam hantar borang TAK LENGKAP pastu datang nak meroyan cakap Bahagian Pinjaman Perumahan proses loan mereka lambat. Next entry insyaallah kalau sempat aku akan bagi detail setiap jenis permohonan. (If ada masa ya).
Seterusnya sebelum buat permohanan, uolls semua kena kira dahulu kelayakan pinjaman perumahan yang ditawarkan (sila rujuk jadual di bawah). Perlu diingatkan bahawa kelulusan pinjaman perumahan ini adalah tertakluk kepada 60% daripada gaji POKOK tanpa dicampur sebarang ELAUN. GAJI POKOK SAHAJA. Ni ramai orang POYO dia ingat boleh dapat penuh sebab campur dengan elaun. TIDAK YA! Hanya Gaji Pokok Sahaja. Contoh bagi kat bawah nih:
Gaji pokok : RM 2,000
Kelayakan Pinjaman : RM 320,000
60 % daripada Gaji pokok : 2,000 x 60% = RM1,200
Oleh itu bayaran balik pinjaman perumahan anda TIDAK BOLEH melebihi RM 1,200. Kalau lebih sila bayar sendiri menggunakan duit sendiri lebihan wang beza tersebut. Jadi sebelum buat loan, if pemaju ke lawyer ke cakap boleh lulus bla bla bla if lebih pun tak pe... ITU ADALAH TIPU!. Lawyer dan pemaju nih kengkadang demi nak melariskan rumah sanggup cerita kartun kat peminjam last-last depa tak mampu nak bayar wang beza dah kena batal pinjaman. So korang boleh rujuk dulu jadual kat bawah ni dan kira sendiri.
Selain itu juga korang boleh buat kiraan lebih tepat menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dalam website http://bpp.treasury.gov.my/web/. Kira dengan hati yang lapang dan tenang sebab setiap insurans yang ditawarkan jumlah bayaran bulanan adalah berbeza.
Ok itu jer dulu buat masa ni. If korang tak paham dengan penjelasan aku nih boleh emel direct kepada aku butikgedobot@gmail.com . Insyaallah aku akan cuba jawab mana-mana yang boleh.
Thursday, 17 September 2015
KAWAN
Wednesday, 16 September 2015
Pendaftaran Syarikat (SSM)
Aku dah lama planning nak buat produk sendiri. Selalu berangan nak keluar produk kecantikan jenama sendiri. Betul aku memang kerje kerajaan. Kalo nak ikut sampai mati memang dah secure dah kerje aku ni tapi income yang dapat tiap bulan tu tak best sangat. Huhuhu aku memang suka bisnes, bisnes online terutamanya.
Kalau sehari tu dapat post out parcel lebih 10 memang happy giler lah aku nih. So baru -baru ni aku dah pegi survey beberapa kilang buat kosmetik dah dapat harga raw materials nak kuarkan sesejenis produk kecantikan tu and aku decide nak keluarkan tonic rambut khas untuk mereka yang ada masalah rambut.
Jadi untuk move on to the next step, aku perlu daftarkan dahulu perniagaan yang hendak dijalankan. Nama yang dipilih ialah FABULOUS BEAUTY CARE. Semalam dah pun selamat daftarkan nama tu di SSM Putrajaya. Sebelah opis aku je pun. Bagi mereka yang tak tahu SSM Putrajaya berada didalam bangunan KPDNKK Presint 2. Paling penting please bawak copy ic uolls okey.
Nak dijadikan cerita aku memang dah ada company sendiri dari tahun 2012 tapi nama dia tak best so ingat boleh lah main tukar jer rupenye TUKAR NAMA COMPANY TIDAK BOLEH. Tukar nama owner company sahaja yang boleh. Oleh itu kena daftar baru dan aku tak bawak salinan ic. Maka berjalan jalan lah aku ke bangunan MECD tapi mesin photostat dia rosak. Rasa macam dah give up ni sebab mengenangkan keje banyak lagi nak kena settle kat opis tapi kawan aku ni dia dok push jgn putus asa jom g JPN plak. Ha... Menapak ke JPN tuh nasib lah ok mesin photostat dia.
Pendaftaran syarikat tu kena caj rm70 ya. Dalam masa sejam dah siap. Kalau kat Presint 2 ni memang tak ramai orang. Tak sampai setengah jam dah siap dah company aku! Weeeeee happy alhamdulillah Ya Allah Engkau telah permudahkan urusanku semalam. Terima kasih Ya Allah. Next step ialah tunggu sample produk dan buat design logo company dan logo produk.
Tuesday, 15 September 2015
Sekolah Tutup
Monday, 14 September 2015
Zahin & Atok
Zahin sejak umur 5 bulan memang abah aku yang jaga. Dia yang suka rela nak jaga anak aku tuh sebab masa tu aku dah unpaid 3 bulan sebab cari taska takde yang berkenan. Pastu bila dapat pengasuh jenis orang yang mengasuh nak duit jer so TIDAK menepati pilihan hati aku.
Lagipun antara 3 orang anak ni memang Zahin la yang paling susah aku nak dapat. Dari mula tahu pregnant tu dah ada heavy bleading. Sampai ada 1 masa lebih kurang 14weeks tu darah mencurah - curah keluar. That time memang dah cuak and memang dah rase Zahin dah tak dapat diselamatkan lagi. Tapi alhamdulillah pegi Hospital Putrajaya Zahin masih lagi ada dalam karung dan masih lagi berdegup jantungnya.
Arghhh memori dahsyat ketika mengandung tu yang kadang kadang buat aku rasa takut and ngeri nak pregnant balik. But i lovessssss baby so much. Kalau kawan kat opis tu bawak baby surely aku la yang akan datang and gomol - gomol. Cuma nak menambah anak buat masa ni mungkin tak kot. Huhuhuhu...
Alahai Lif
Baik sungguh kamu hari ni wahai lif... 2x aku turun naik tingkat 10 guna tangga. Confirm la gigil kaki aku sat lagi. Jangan plak balik keje petang nanti pun sama jugak tak elok lagi. Mau esok aku mc plak. Hahaha
Jerebu Please Go Away!!!!
Saturday, 1 August 2015
Salam Hujung Minggu
Hi sarapan apa hari ni?? Aku mood lebih rajin so pagi ni masak nasi lemak dengan sambal udang + sambal bilis. Tapi yang tak best takde kacang tanah. Lupa nak beli semalam.
Sekarang tengah siap siap nak pegi open house rumah abang ipar aku kat Klang. Tapi tak bole nak bersiap jugak sebab budak Zahin ni tengah meraung raung nak berkelek. Haih... Laki aku takde g hantar Zikri kelas piano. Si Zara pun ikut. Bile dok berdua je dengan Zahin memang big NO NO la nak tinggal dia main sorang. Manja budak ni gigit kang baru tau.
Monday, 27 July 2015
Zahin Hampir Lemas
Wednesday, 22 July 2015
Pil Perancang Yasmin
Saturday, 20 June 2015
Dilema ibu menyusu dibulan Ramadhan
Friday, 19 June 2015
Pengalaman Puasa Zikri
Thursday, 18 June 2015
Salam Ramadhan
Tuesday, 12 May 2015
HUJAN RINTIK-RINTIK
Friday, 3 April 2015
PERANCANG KELUARGA VS KEGEMUKAN
Wednesday, 1 April 2015
KESIAN ZAHIN

Dah jadi macam ni berbelang kat hidung.. Tiap kali pandang muka dia mesti teringat-ingat macam mana dia jatuh.. Ouchhh! Zahin ni dia memang lain macam sikit. Lasak dia memang tak macam Zikri dan Zara. Pastu dia kalau makan pape salah sikit je tak kena dengan perut dia akan cirit birit berhari-hari.. Kesian kat dia tuh. Kalau tengah malam suke je nangis kuat-kuat sebab aku tak layan dia nak sumbat nenen dalam mulut je. Siap dia bangun terus duduk pastu nangis sekuat hati. Yang peliknya walaupun dia nangis sekuat hati macam tuh laki aku boleh plak tak bangun langsung. Best nye jadi orang laki erk... Nyampah aku tengok! Bluwekkk
Monday, 23 March 2015
AIR TERJUN KEMENSAH

Anje -anje tuan purti (Zara sebut tuan puteri ialah tuan Purti) aku ni bukannya mandi tapi dok kat tepi kolam dan nyanyi-nyanyi sambil berangan. Bile orang tarik je masuk dalam air, buuuurrrrr terus nangis. Hahahaha... teramat lah kuat berangan. Tension plak mummy ko ni ha..
Amboiiii Zahin pun tak moo kuar dari dalam air.. Suke sangat dia tu main air. Masa kemas-kemas barang nak pegi tu boleh plak tak jumpa pelampung dia dah kena dukung je dalam air. Tapi dia memang suke lah masuk dalam air. Mula-mula je nangis sebab sejuk kot pastu ENJOY!
